Skip to main content

Hiburan

Belajar Di London, Janna Nick Tak Pernah Lupa Asal Usul - “Ya, Saya Budak Kampung & Saya Bangga...”

Janna Nick

Sekilas

  • Janna Nick menegaskan dia tidak pernah melupakan asal usulnya walaupun berpeluang belajar di London.
  • Dia bangga dengan identiti sebagai 'budak kampung' dan sentiasa menghargai latar belakang tersebut.
  • Janna teruja untuk meluangkan lebih banyak masa bersama masyarakat kampung bagi mendalami kisah dan pengalaman mereka.
Advertisement

Pelakon dan pengacara Janna Nick menegaskan dirinya tidak pernah melupakan asal usul meskipun berpeluang melanjutkan pelajaran di London.


 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Janna mengakui bangga dibesarkan dalam suasana kampung dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada identiti diri yang akan sentiasa dihargainya.


 

“Budak kampung, masih kampung walaupun belajar dekat London. Ya, saya budak kampung, dan saya bangga je jadi budak kampung.

Advertisement


 

“Ia sebahagian daripada identiti saya dan saya sentiasa akan menerimanya,” kongsi Janna.


 

Dalam pada itu, Janna turut meluahkan keterujaan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama masyarakat kampung bagi mendalami kisah serta pengalaman hidup mereka.


 

Menurutnya, peluang menimba ilmu di luar negara tidak bermakna dia perlu melupakan latar belakang dan identiti dirinya.


 

“Malah, saya tak sabar untuk luangkan lebih masa dengan orang-orang kampung. Jadi, saya boleh lebih mendalami kisah dan cerita-cerita orang kampung.


 

“Belajar di London tak bermakna saya perlu tinggalkan siapa diri saya,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement