Skip to main content

Hiburan

“Belajar Terima Takdir Yang Bukan Pilihan Kita Memang...” - Ariel Fesol

Konsep MV tersebut turut mengetengahkan tujuh karakter berbeza yang mewakili pelbagai emosi manusia ketika berdepan dengan situasi sukar.

Sekilas

  • Ariel Fesol dari kumpulan ALPHA menjelaskan konsep muzik video lagu Haru Biru yang penuh simbolik cinta, kehilangan dan penerimaan.
  • Elemen utama glass cubical dalam MV melambangkan bahawa tidak semua cinta akan menjadi milik kita dan mengajar tentang penerimaan diri.
  • MV menampilkan tujuh karakter yang mewakili pelbagai emosi seperti kecewa, kekeliruan dan kesedihan ketika menghadapi kenyataan pahit.
Advertisement

Ahli kumpulan ALPHA, Ariel Fesol berkongsi maksud di sebalik konsep muzik video lagu Haru Biru yang disifatkan sarat dengan simbolik cinta, kehilangan dan proses menerima kenyataan.

Menurut Ariel, ada segelintir peminat yang tertanya-tanya mengenai konsep glass cubical yang menjadi elemen utama dalam MV tersebut.

Advertisement

Jelasnya, ruang kaca itu bukan sekadar elemen visual, sebaliknya membawa maksud mendalam tentang hakikat bahawa tidak semua perkara yang kita sayang akan menjadi milik kita.

“Glass cubical itu adalah simbolik bahawa tidak semua cinta ditakdirkan untuk dimiliki. Ada yang hadir hanya untuk mengajar kita tentang kehidupan, tentang penerimaan, dan tentang bagaimana untuk lebih menghargai diri sendiri," tulisnya.

Tambah Ariel, konsep MV tersebut turut mengetengahkan tujuh karakter berbeza yang mewakili pelbagai emosi manusia ketika berdepan dengan situasi sukar.

Setiap karakter menggambarkan rasa kecewa, kekeliruan, kesedihan serta konflik dalaman yang sering dipendam apabila seseorang perlu menerima sesuatu perkara yang tidak berjalan seperti yang diharapkan.

“7 karakter yang berbeza mewakili pelbagai rasa dan kekacauan emosi yang dipendam oleh seseorang apabila berdepan dengan kenyataan yang sukar diterima.

“Belajar menerima takdir yang bukan pilihan kita memang perit," tambahnya.

Haru Biru merupakan salah satu lagu dalam album sulung ALPHA berjudul The First Wave.

Selain Haru Biru, antara lagu lain yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Gerak, Bujang, Mahkota Cinta dan Burn It Down.
 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement