Skip to main content

Selebriti

Belanja Kahwin Lebih 6 Angka, Ammar Nazhan Terkilan Ada Yang Minta Hentikan Majlis - “Saya Tak Minta Sesiapa Pun Untuk Bayar…”

Belanja Kahwin Lebih 6 Angka, Ammar Nazhan Terkilan Ada Yang Minta Hentikan Majlis - “Saya Tak Minta Sesiapa Pun Untuk Bayar…”

Sekilas

  • Ammar Nazhan kecewa masih menerima kecaman netizen mengenai majlis perkahwinannya yang menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.
  • Dia menegaskan tidak memaksa sesiapa untuk setuju dengan cara dia membelanjakan wang dan mahu menikmati hari istimewa bersama isteri tanpa gangguan.
  • Ammar turut terkilan dengan komen negatif yang meminta majlis perkahwinannya dihentikan, dan menegaskan ia adalah doa yang sangat negatif.
Advertisement

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan meluahkan rasa kecewa apabila masih menerima kecaman netizen berhubung majlis perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Ammar menjelaskan segala perbelanjaan tersebut menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri selepas bekerja keras demi merealisasikan hari istimewa bersama isteri tercinta.

Advertisement

“Jumlah keseluruhan perbelanjaan perkahwinan saya sudah melebihi enam angka dan semuanya adalah untuk memberikan hari yang indah serta bermakna buat saya dan isteri.

“Saya kerja keras untuk semua ini dan menggunakan wang, masa serta tenaga sendiri demi merealisasikan hari istimewa ini menjadi kenyataan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ammar berkata dia masih tertanya-tanya mengapa masih ada segelintir pihak yang mahu menghakimi majlis perkahwinannya.

“Tetapi mengapa masih ada yang mahu menghakimi? Pada akhirnya, apa yang saya mahukan hanyalah menikmati hari perkahwinan dan mencipta kenangan indah bersama insan yang saya sayang.

Advertisement

“Saya tidak meminta sesiapa pun untuk membayarnya. Saya juga tidak memaksa sesiapa untuk bersetuju dengan pilihan saya.

“Ini duit saya, hari istimewa saya dan kebahagiaan saya. Biarkan saya menikmati hari yang telah saya usahakan selama ini,” katanya.

Tidak hanya itu, Ammar juga mengakui dia lebih berasa terkilan apabila terdapat segelintir netizen yang meninggalkan komen meminta supaya majlis perkahwinannya dihentikan.

“Bahagian paling mengecewakan? Ada yang sanggup meninggalkan komen ‘hentikan perkahwinan ini,’

“Serius lah? Mengapa anda perlu mendoakan sesuatu seperti itu terhadap perkahwinan orang lain?

“Anda tidak perlu menyukai perkahwinan saya atau bersetuju dengan cara saya membelanjakan wang. Anda juga tidak perlu hadir.

“Tetapi untuk mendoakan supaya perkahwinan orang lain dihentikan adalah satu tahap negatif yang berbeza,” tegasnya.

Untuk info, Ammar dan pempengaruh, Elya Maisara selamat diijabkabulkan pada 11 November lalu.

Sebelum ini, nama Ammar, 30, dan Elya, 27, pernah menjadi perhatian ramai selepas mencetuskan kontroversi menerusi sebuah video mukbang yang merakamkan mereka menikmati kentang goreng pada 2023.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang.

Susulan kontroversi tersebut, Ammar tampil memohon maaf atas video yang tular berkenaan.

Sumber: Threads @amnazhan

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement