Skip to main content

Hiburan

“Belikan Kek, Dengar Cerita Dia, Balik Rumah Awal & Layan Sembang” - Amar Baharin Kongsi Caranya Hargai Isteri

ASTROGEMPAK Amar

Sekilas

  • Amar Baharin berkongsi tentang pentingnya penghargaan kecil dalam rumah tangga yang sering dianggap remeh oleh suami.
  • Bagi isteri, perkara kecil seperti belikan kek atau layan sembang boleh membuat mereka rasa sangat disayangi dan dihargai.
  • Amar menegaskan bahawa isteri cuma mahu rasa dilihat dan dihargai oleh suami, yang mendorong suami untuk menjadi lebih baik setiap hari.
Advertisement

Perkongsian pelakon Amar Baharin di Threads mengenai penghargaan kecil dalam rumah tangga meraih perhatian wargamaya.

 

Advertisement

Menurut Amar, perkara yang dianggap kecil oleh seorang suami sebenarnya mampu memberi makna besar buat seorang isteri.

 

“Kadang-kadang aku rasa effort aku tu biasa-biasa saja. Belikan kek, dengar cerita dia, balik rumah awal, layan sembang.

 

“Tapi bagi seorang isteri, benda kecil tu boleh buat dia rasa paling disayangi di dunia. Perempuan ni bukan minta kesempurnaan. Bukan nak kemewahan setiap masa,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, Amar berkata kebanyakan isteri hanya mahu dihargai dan disayangi oleh pasangan mereka.

 

“Kadang-kadang dia cuma nak rasa ‘suami aku masih nampak aku, masih hargai aku.’

 

“Dan bila seorang isteri menghargai benda kecil yang kita buat, itu yang buat kita nak jadi lebih baik setiap hari dengan izin Allah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement