Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Akui Risau Ada Jemputan Terlepas Pandang - "Ada Yang Bertanya, Kenapa Tidak..."

Bella Astillah Akui Risau Ada Jemputan Terlepas Pandang - "Ada Yang Bertanya, Kenapa Tidak..."

Sekilas

  • Bella Astillah risau tentang persiapan majlis perkahwinan terutama senarai jemputan yang mungkin terlepas pandang.
  • Dia masih sibuk dengan komitmen kerja dan memohon maaf jika ada tetamu yang tidak dijemput secara tidak sengaja.
  • Bella dan Syed Saddiq akan bernikah pada 10 Oktober dan mengadakan resepsi di Muar dan Sabah dengan tema Kenduri Rakyat.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui antara perkara yang paling merisaukan dirinya menjelang hari bahagia bersama pasangan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah proses persiapan yang perlu dilalui sebelum majlis berlangsung.

Menurut Bella, kebimbangannya lebih tertumpu kepada kemungkinan ada perkara yang terlepas pandang, terutama membabitkan senarai jemputan.

Advertisement

“Sebenarnya kebimbangan saya lebih kepada proses menuju hari bahagia. Sudah tentu saya risau sekiranya ada perkara yang terlepas pandang, terutama membabitkan jemputan.

“Dalam masa sama, saya masih mempunyai komitmen kerja seperti kolaborasi, penggambaran dan rakaman. Banyak perkara perlu dilakukan dalam satu masa. Malah, ada mesej WhatsApp daripada kawan-kawan yang saya sendiri belum sempat semak,” katanya.

Pada masa sama, Bella juga memohon maaf sekiranya dia terlepas pandang berkaitan dengan jemputan tetamu ke majlis perkahwinannya.

Advertisement

“Ada yang bertanya, kenapa tidak jemput? Orang lain sudah dapat jemputan. Jadi, saya minta maaf sekiranya ada yang terlepas pandang.

“Selebihnya memang ada pasukan yang membantu saya. Saya sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana banyak membantu menguruskan persiapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kebimbangan mengenai persiapan untuk majlis resepsi di Sabah dan Muar, terutama dari segi memastikan keperluan mencukupi untuk tetamu yang hadir.

Katanya, jumlah tetamu yang bakal hadir sukar dijangka, lebih-lebih lagi untuk majlis yang diadakan di Sabah.

“Untuk majlis di Sabah dan Muar, kebimbangan kami adalah memastikan segala persiapan mencukupi untuk semua yang hadir. Kami sendiri tidak dapat menjangkakan berapa ramai yang akan datang.

“Di Sabah misalnya, saya tidak boleh memberikan jumlah yang spesifik. Tetapi, insya-Allah kami akan cuba melakukan yang terbaik supaya semuanya berjalan dengan lancar,” kongsinya.

Bella dan Syed Saddiq bakal diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober ini.

Susulan itu, pasangan itu bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober, manakala di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement