Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Anggap Momen Berduet Bersama Ayden Sebagai Pengalaman Bermakna - “Terima Kasih Encik Tunang Selalu Ada Walau Sibuk”

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah dan anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean, buat pertama kali berduet secara langsung di konsert minggu pertama Talk To My Manager musim kedua.
  • Bella berterima kasih kepada TTMM2 kerana memberi peluang menjadi juri jemputan dan menyifatkan pengalaman itu sangat bermakna.
  • Dia juga menghargai sokongan tunangnya, Syed Saddiq, yang sentiasa hadir walaupun sibuk dengan tugasan kerja.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyifatkan momen dirinya yang berduet bersama anak sulung, Mohamad Ayden Adrean di konsert minggu pertama program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai satu pengalaman yang istimewa dan tidak dapat dilupakan.

Ujar Bella, itu merupakan kali pertama dia dan Ayden bernyanyi bersama secara langsung di kaca televisyen.

Advertisement

“Sangat sebak bila memikirkan momen malam tadi. Duet pertama saya dengan Ayden di kaca televisyenZ

“Terima kasih TTMM2 kerana mempercayai saya untuk menjadi juri jemputan untuk minggu pertama. Semua best gila,” tulisnya.

Lebih mencuri perhatian, ibu kepada dua orang anak ini menzahirkan penghargaan buat tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq atas sokongan yang diberikan meskipun sibuk dengan tugasan kerja.

“So grateful to my fiancé kerana bersama kami sewaktu sesi latihan meskipun sibuk dengan tugasan kerja. Selalu cuba terbaik untuk hadir buat Ayden,” kongsinya lagi.

Pada Ahad, Bella dan Ayden membuat kejutan apabila hadir membuat persembahan istimewa di minggu pertama program TTMM2.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement