Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Dikatakan Seiras Siti Nurhaliza, Ini Pendapat Alha Alfa - “Ok Jujur Cakap, Bila Saya Make Up…”

Alha Alfa

Sekilas

  • Jurusolek Datuk Alha Alfa berkongsi pandangan bahawa pelakon Bella Astillah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai ciri wajah yang seiras seperti hidung, mata, dahi dan tahi lalat.
  • Alha menjelaskan perbezaan utama adalah bentuk pipi, di mana Bella mempunyai pipi bulat manakala Siti Nurhaliza mempunyai 'apple cheek' yang lebih menonjol.
  • Beliau turut menyifatkan kedua-dua figura ini mempunyai keperibadian lemah lembut yang membuatkan mereka disayangi ramai.
Advertisement

Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa berkongsi pandanganya mengenai wajah pelakon Bella Astillah yang dikatakan seiras dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

 

Advertisement

Menerusi Threads, Alha tidak menafikan mereka berdua mempunyai ciri-ciri yang seiras seperti bentuk hidung, mata, dahi dan tahi lalat. 

 

Biarpun kelihatan seiras namun Alha memberitahu Bella dan Siti Nurhaliza mempunyai bentuk pipi yang berbeza. 

Advertisement

 

“Ok jujur saya cakap eh, bila saya makeup Bella, bentuk hidung dari side profile, bentuk mata yang tak de kelopak dan jenis mata redup tak garang, tahi lalat original sama, dan bentuk dahi. 

 

“Kening pun iras-iras. Cuma Bella pipi bulat sikit, Tokti buah pipi mahal apple cheek tu. Jujur iras tu ada. 

 

“Bila bergerak-gerak tu sekali kilas akan nampak ada sikit iras tu,” kata Alha yang menjawab pertanyaan netizen mengenai perkara tersebut. 

 

Pada hantaran yang sama, Alha juga menyifatkan dua figura itu mempunyai keperibadian yang lemah lembut membuatkan mereka menjadi kesayangan ramai. 

 

“Sopan, lemah lembut tu kot yang membuatkan diorang ni disayangi ramai. 🥰 Apa pun masing-masing ada kecantikan masing-masing,” ujarnya. 


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

Must Watch Video

Advertisement