Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Kongsi Foto Syed Saddiq, Tapi Lain Pula Peminat Zoom - “Mata Aku Terperasan Sesuatu…”

Bella Astillah Kongsi Foto Syed Saddiq, Tapi Lain Pula Peminat Zoom - “Mata Aku Terperasan Sesuatu…”

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi foto tunangnya, Syed Saddiq, sedang sarapan selepas larian pagi bersama.
  • Netizen tertarik dengan gambar polaroid yang diselitkan di belakang sarung telefon Syed Saddiq.
  • Peminat berseloroh tentang perhatian mereka terhadap setiap detail perkongsian pasangan ini, termasuk sarung telefon yang digunakan.
Advertisement

Perkongsian pelakon dan penyanyi Bella Astillah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mereka menikmati sarapan selepas melakukan aktiviti larian pagi bersama.

Namun, bukan sekadar momen sarapan tersebut yang menjadi perhatian, sebaliknya mata tajam netizen tertumpu kepada bahagian belakang telefon bimbit Syed Saddiq.

Advertisement

Menerusi foto dikongsikan, kelihatan beberapa keping gambar seperti ‘polaroid’ yang dipercayai memaparkan Syed Saddiq bersama Bella diselitkan pada bahagian belakang sarung telefonnya.

Perkara tersebut pantas disedari peminat yang kemudian berseloroh mereka kini semakin teliti terhadap setiap perkongsian pasangan berkenaan.

“Comelnya YB sarapan dengan Bella selepas larian pagi, tapi mata aku terperasan sesuatu,” komen seorang netizen.

Advertisement

“BASS dah macam idola K-Pop, peminat perasan sahaja pakai apa, guna sarung telefon apa. Nasib baik comel sahaja sarungnya,” ujar seorang lagi.

“Saya pun ‘zoom’ yang ini.

“Gambar itu okeylah, ‘approved’! Tapi sarung lama dah tukar belum? Nampak nazak sangat sarung YB hari itu,” komen beberapa netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

OO Original - Unisex Health Sandal Soft like cakes with shoe support system - Reduce foot pain - Ready to ship

OO Original - Unisex Health Sandal Soft like cakes with shoe support system - Reduce foot pain - Ready to ship

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Must Watch Video

Advertisement