Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Kongsi Keadaan Syed Saddiq Selepas Dapat Berita Pemergian Tun Dr Hasmah

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi bahawa tunangnya, Syed Saddiq, terkesan dengan berita pemergian Tun Dr Hasmah ketika sedang menjalani penggambaran.
  • Syed Saddiq meminta sidang media yang dijadualkan dibatalkan kerana masih dalam keadaan terkejut dengan berita sedih tersebut.
  • Allahyarhamah Tun Dr Hasmah meninggal dunia di IJN dan akan disembahyangkan di Masjid As Syarif sebelum dikebumikan di Putrajaya.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi keadaan tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika menerima perkhabaran mengenai pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah pada pagi tadi. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instastory, Bella berkata dia dan tunangnya menerima perkhabaran sedih itu ketika mereka sedang menjalani penggambaran. 

 

“Kita tengah shoot, tapi saya tahu hati dan fikirannya berada di tempat lain selepas mendengar berita sedih mengenai pemergian Tun Dr Hasmah pada pagi tadi,” kata Bella. 

 

Pada perkongsian yang sama, Bella yang juga penyampai radio Era berkata tunangnya turut meminta untuk sidang media yang sepatutnya berlangsung pada petang ini dibatalkan. 

Advertisement

 

“Dia langsung tidak sanggup meneruskan apa yang dirancang kemudian. Dia minta untuk sidang media pada petang ini dibatalkan. 

 

“Allahuakhbar, kami masih dalam keadaan terkejut,” kongsinya. 

 

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini.

 

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

Difahamkan,, Allahyarham Tun Dr  Hasmah akan disembahyangkan selepas Asar di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.

 

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement