Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Kongsi Resipi Nasi Ayam, Netizen Cadang Siri Khas - “Bella Masak YB Makan”

Astro Gempak 332

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi video memasak nasi ayam yang menarik perhatian ramai di media sosial walaupun menghadapi cabaran semasa rakaman dan suntingan.
  • Netizen terhibur dengan perkongsian tersebut dan mencadangkan Bella menghasilkan lebih banyak kandungan memasak, termasuk siri khas bersama tunangnya, Syed Saddiq.
  • Bella dan Syed Saddiq baru sahaja mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Advertisement

Perkongsian video oleh penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang menunjukkan dirinya memasak nasi ayam mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video tersebut, Bella berkongsi langkah demi langkah cara menyediakan hidangan popular itu meskipun mengakui berdepan pelbagai cabaran ketika proses rakaman dan suntingan.

Advertisement

“Nasi Ayam. Finally dapat post sebab banyak kejadian masa nak edit. Plan asal nak post masa raya ketiga tapi banyak dugaan sampai kena edit semula dari awal sebab Bella juga yang record dan edit.

“Maaf kalau tak berapa jelas sebab tanpa skrip, tapi faham je kan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut selain mencadangkan agar Bella menghasilkan lebih banyak kandungan memasak.

Advertisement

Malah, ada yang turut mencadangkan supaya dia menghasilkan siri khas melibatkan tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

“Bella kena buat banyak lagi, Bella masak YB makan series.

“Aku dah standby tunggu Bella buat video memasak bila dah kahwin nanti.

“Buat series ‘YB makan apa hari ini’,” cadang seorang lagi pengguna media sosial.

Selain itu, ramai juga memuji kelebihan Bella yang bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, malah mahir di dapur.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat.

Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun mengenakan busana berwarna hijau sage rekaan Atelia Amani selain menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

Must Watch Video

Advertisement