Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Bella Astillah Kongsi Video Momen Syed Saddiq Minta Izin Ayden, Ara Untuk Kahwin - “You Know That I Love Your Mom…”

ASTROGEMPAK Bella Astillah (1)

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi video kenangan manis sempena ulang tahun kelahiran anak-anaknya, Ayden dan Ara.
  • Dalam video itu, Syed Saddiq memberitahu anak-anaknya tentang niat untuk melamar Bella pada Februari 2026.
  • Reaksi Ayden gembira manakala Ara keliru, dan Syed Saddiq melukis untuk membantu Ara faham maksudnya.
Advertisement

Sempena ulang tahun kelahiran dua orang anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, penyanyi Bella Astillah memuat naik video kenangan manis mereka yang dirakam pada tahun lalu. 

 

Advertisement

Video tersebut memperlihatkan momen Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq memberitahu Ayden dan Ara mengenai niatnya untuk melamar Bella sebagai isteri. 

 

“Awak tahu yang saya sayang ibu awak kan. Sebesar mana yang awak rasa saya sayang ibu awak? Apabila saya sayang ibu awak, ia tidak boleh hanya sekadar kawan saja. 

Advertisement

 

“Saya sayang ibu awak lebih daripada seorang kawan. Saya rancang tahun hadapan (February 2026) saya nak melamar ibu awak dan saya akan bertunang dengan ibu awak. 

 

“Ibu awak sayang kedua-dua awak lebih dari segalanya. Sebabkan itu, apabila saya sayang ibu awak, saya juga perlu minta izin sebab saya mahu awak berdua dalam hidup saya sebagai keluarga,” kata Syed Saddiq. 

 

Dalam video tersebut, Ayden kelihatan sangat gembira namun Ara pula masih dalam keadaan keliru.

 

Demi Ara, Syed Saddiq sanggup melukis untuk memastikan anak perempuan Bella itu memahami maksud yang ingin disampaikan. 

 

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa gembira selain berasa sebak melihat momen yang dianggap sangat indah buat mereka sekeluarga.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement