Skip to main content

Selebriti

Bella Astillah Perjelas Dakwaan ‘Hint’ Bakal Berkahwin - "Didi Suka Bergurau, Minta Maaf Kalau Ada Yang Mungkin Terasa…”

Bella Astillah Perjelas Dakwaan Hint Bakal Berkahwin

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menafikan dakwaan kononnya Didi Astillah, seolah-olah memberikan petunjuk bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menjelaskan situasi sebenar, Bella berkata, dia sendiri terkejut dengan perkara tersebut kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh adiknya itu atau mana-mana ahli keluarga.

Advertisement

“Tak ada apa, sebenarnya saya pun terkejut sebab adik saya, Didi Astillah tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara itu,” tegasnya.

Bella berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media program Muzikal Lawak Superstar 5 yang berlangsung di Restoran Saloma, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, Bella berkata difahamkam Didi hanyalah sekadar membalas komen dalam nada gurauan dan tidak menyangka perkara tersebut menjadi tular.

Malah tegas Bella, kenyataan itu bukan sesuatu yang rasmi dan berharap orang ramai tidak menyalah tafsir gurauan adiknya.

“Dia suka bergurau senda membalas komen, tak sangka pula benda itu menjadi headline. Minta maaf kalau ada yang mungkin terasa atau triggered dengan perkara itu.

“Tapi sebenar tiada, Didi atau mana mana ahli keluarga saya juga tidak ada keluarkan apa apa kenyataan berhubung perkara itu, saya minta maaf sangat.

“Mereka kata itu hanyalah sekadar balasan komen sahaja, jadi itu bukan kenyataan, setakat itu sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, spekulasi mula tercetus di media sosial selepas Didi didakwa membalas satu komen secara bergurau, yang kemudiannya diangkat menjadi tajuk utama oleh beberapa portal.

“Tak salah pun kalau nak mula berlatih sikit-sikit dulu,” itulah ayat gurauan yang ditulis menerusi ruangan komen seorang peminat Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq.

Untuk info, ahli Parlimen Muar itu baru sahaja selesai menyahut cabaran Kejuaraan Ironman Dunia 2025 di Nice, Perancis pada 14 September lalu.

Lebih manis lagi, kehadirannya di sana turut ditemani oleh Bella serta keluarga kedua-dua belah pihak.

Must-Watch Video

Advertisement