Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Berkahwin? Pertanyaan PMX & Komen Ben Ali Cetus Spekulasi - “Tak Sabar Nak Tunggu…”

Bella Astilla & Syed Saddiq

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq dikatakan bakal melangkah ke fasa lebih serius selepas desas-desus persiapan majlis tersebar di kalangan rakan artis dan netizen.
  • Beberapa selebriti termasuk Ben Ali, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan Fazura memberi bayangan mengenai majlis istimewa yang melibatkan warna kuning pada 28 Mac ini.
  • Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan Aliff Aziz dan mempunyai dua anak, Ayden Adrian dan Ara Adreanna, sebelum bercerai pada Jun 2024.

Keakraban pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terus menjadi bualan apabila mereka dikatakan bakal melangkah ke fasa yang lebih serius dalam masa terdekat.

Spekulasi itu mula diperkatakan selepas timbulnya dakwaan mengatakan pasangan ini sedang giat melakukan persiapan.

Lebih menyorot perhatian, beberapa rakan artis seperti Ben Ali termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan memberi bayangan mengenai perkara tersebut sekaligus menguatkan lagi spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Perkara itu boleh dilihat menerusi perkongsian tangkap layar yang dikongsikan seorang pengguna Threads iaitu @ubat.tinggi.

"Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya," tulis Ben Ali. 

“Saya tak dapat jemputan lagi,” tanya Anwar Ibrahim.

Sementara itu, pelakon Fazura juga memberi bayangan akan memakai busan berona kuning di majlis istimewa seorang rakannya.

“Saya ada satu baju ini berwarna kuning. Nantikan di mana saya akan pakai baju itu. Saya akan pakai baju tersebut di majlis yang sangat bermakna bagi meraikan kawan saya,” ujar Fazura.

Desas desus itu terus hangat diperkatakan apabila ada netizen mendakwa abang Syed Saddiq yang dikenali sebagai Space Dollah turut mencari baju berwarna kuning untuk dipakai pada 28 Mac ini.

“SD (Space Dollah) pun ada spill dalam live dia, nak cari baju kuning untuk big event 28 Mac ini.

“maknanya samalah dengan apa yang Fazura cakap, warna kuning,” tulis netizen.

Untuk rekod, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga Bersama Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement