Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah & Syed Saddiq Kongsi Foto ‘Pre Wedding’, Ramai Doa Mudah Urusan

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq berkongsi foto dan video pra-perkahwinan dengan tema busana perkahwinan di Instagram mereka.
  • Mereka menggunakan kapsyen 'love story from KL to London' dan memuji rekaan gaun 'Fleurie' yang menyerlahkan aura puteri.
  • Syed Saddiq mengesahkan tarikh perkahwinan sudah dipersetujui keluarga, namun belum diumumkan secara rasmi.
Advertisement

Perkongsian dibuat pasangan kesayangan ramai iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq Abdul Rahman (BASS) yang memuat naik beberapa foto dan video mereka mengenakan pakaian berkonsepkan busana perkahwinan atau ‘pre wedding’ telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Instagram masing-masing, Bella dan Syed Saddiq dikihag memuat naik beberapa foto dengan kapsyen ‘love story from KL to London’ yang dipercayai merupakan kolaborasi bersama sebuah butik pakaian terkenal.

Advertisement

“Every girl deserves her fairytales moment (Setiap gadis berhak menikmati detik indah umpama kisah dongeng).

“Okay, i’m officially obsessed with the ‘Fleurie’. It’s so flowy, so pretty and honestly giving main princess energy. (Saya benar-benar terpikat dengan ‘Fleurie’ ini. Ia sangat beralun, cantik, dan sejujurnya menyerlahkan aura seorang puteri),” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Sebelum ini, Syed Saddiq memaklumkan tarikh perkahwinannya bersama Bella sudah pun dipersetujui kedua-dua belah keluarga, namun belum bersedia untuk diumumkan kepada umum.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz pada 2016. Mereka bercerai buat kali pertama pada 2019 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024 dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement