Skip to main content

Selebriti

Bella Dally Seronok Ceburi Bidang Perniagaan, Muncul Dengan Koleksi Raya - “Saya Sukakan Fesyen, Kami Bermula Dengan Baju Kurung…”

Bella Dally

Sekilas

  • Bella Dally kini fokus pada perniagaan fesyen Weardallydaily yang telah dijalankan sejak tiga tahun lalu.
  • Minat mendalam terhadap fesyen mendorong Bella untuk beralih dari kerjaya lakonan ke bidang perniagaan, bermula dengan koleksi baju kurung raya.
  • Walaupun perniagaan mencabar, Bella mendapat sokongan suami dan merancang untuk keluarkan koleksi pakaian kasual tidak lama lagi.

Pelakon, Bella Dally kini lebih selesa memberi tumpuan kepada perniagaan fesyen miliknya, iaitu Weardallydaily yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Bella, minat mendalam terhadap fesyen menjadi antara faktor utama dia memilih untuk menceburi bidang berkenaan.

“Sebenarnya saya buat perniagaan ini sejak tiga tahun lalu dan saya rasa orang kenal saya melalui televisyen sebab sebelum ini saya berlakon.

“Memang kerjaya saya sebagai pelakon tetapi ada satu tahap saya rasa saya mahu membuat sesuatu yang berbeza dan lebih mencabar.

“Masa itu dah nak raya dan saya katakan pada suami yang saya nak buat sesuatu berkaitan dengan perniagaan.

“Saya sukakan fesyen dan kami bermula dengan baju kurung dan kami sudah pun ada beberapa koleksi raya,” ujarnya.

Bella berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Eid Semester 2026, Cultural Pop-Up Experience bertempat di The Campus Ampang baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Bella dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia bertuah kerana mendapat sokongan daripada suaminya yang turut terlibat dalam menguruskan perniagaan berkenaan.

“Tidak dinafikan bidang perniagaan ini memang mencabar. Bermula perbincangan bersama suami saya dan dia juga merupakan sebahagian daripadanya.

“Alhamdulillah, koleksi tahun 2014 sangat memberangsangkan dan disebabkan itu kami teruskan sehingga sekarang dan kami juga akan mengeluarkan pakaian kasual tidak lama lagi,” katanya.

Pop Up booth Bella akan berada di cirKLe, The Campus Ampang sehingga 8 Mac ini.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement