Skip to main content

Hiburan

Bella Dowanna Akui Rapat Dengan Zarif Ghazzi, Serah Soal Jodoh Pada Takdir

Bella Dowanna
Advertisement

Pelakon, Bella Dowanna mengakui tidak mempunyai sebarang jawapan khusus susulan kenyataan aktor, Zarif Ghazzi yang tidak menolak sekiranya suatu hari nanti mereka dipertemukan jodoh.

Ujar Bella, hubungan mereka ketika ini hanyalah sebagai rakan baik yang sudah lama saling mengenali, selain menjadi semakin rapat selepas bekerjasama dalam drama Abang Imam Minah Skuter.

Advertisement

“Sejujurnya saya tak ada jawapan untuk perkara itu. Tapi memang betul saya berkawan dan rapat dengan Zarif.

“Kami rapat sejak mula bekerjasama dalam drama Abang Imam Minah Skuter,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam masa sama, Bella mengakui dia selesa berkawan dengan Zarif dan memilih untuk melihat bagaimana hubungan mereka berkembang dari semasa ke semasa.

Namun begitu, aktres berkenaan menegaskan soal jodoh bukan sesuatu yang boleh dirancang kerana semuanya bergantung kepada ketentuan Tuhan.

“Siapalah kita untuk tahu soal jodoh, ajal dan maut semua ini. Saya berserah sahaja dan ‘go with the flow’.
“Kita tak pernah tahu apa akan jadi pada masa depan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Bella turut memuji keperibadian Zarif yang disifatkannya sebagai seorang yang baik, pemurah dan ikhlas dalam berkawan.

Menurutnya, pelakon itu juga seorang yang mudah didekati dan sentiasa menceriakan suasana ketika bersama rakan-rakan.

“Saya memang suka berkawan dengan Zarif. Dia seorang yang baik, pemurah dan ikhlas dalam berkawan.
“Orang kata ‘never a dull moment’ bila bersama dia sebab memang senang untuk berborak dan meluangkan masa bersama,” tambahnya.

Terdahulu, Zarif mengakui tidak menolak kemungkinan sekiranya suatu hari nanti dipertemukan jodoh dengan Bella, namun menegaskan hubungan mereka ketika ini hanyalah sekadar sahabat baik.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement