Skip to main content

Selebriti

Bella Park Kongsi Pengalaman Cemas Pernah Terkandas Di Luar Negara - “Flight Cancel, Semua Lari Masuk Rumah, Line Tiada…”

Bella Park pengalaman terkandas luar negara

Sekilas

  • Bella Park berkongsi pengalaman terkandas di Leh Ladakh, India apabila semua penerbangan dibatalkan secara tiba-tiba tanpa amaran.
  • Suasana di sana menjadi sunyi dan seperti pekan koboi apabila kedai-kedai ditutup dan tiada talian telefon boleh digunakan.
  • Dia terpaksa kembali ke hotel dan bersyukur kerana diterima walaupun berdepan cuaca sejuk dan kekurangan wang.
Advertisement

Personaliti media sosial, Bella Park berkongsi pengalaman kurang manis yang dilaluinya ketika melancong ke luar negara tahun lalu.

Menurut Bella, dia terkandas di Leh Ladakh, India dan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran jelas.

Advertisement

“Saya baru sahaja alami bulan lapan tahun lepas. Terkandas di Leh Ladakh,India. Bayangkan, dah check out pergi airport, semua staff dah xda.

“Ada ada notis sahaja ditampal ‘flight semua cancel smpai seminggu’, balik ke bandar, semua orang dah diarah tutup kedai,” kongsinya.

Tambah Bella, suasana di kawasan itu berubah menjadi sunyi, seolah-olah seperti ‘pekan koboi’ apabila orang ramai segera berlindung di dalam premis masing-masing.

“Dah macam pekan koboi, semua lari masuk dalam  rumah atau kedai masing-masing. Line semua tiada.

“Satu fon pun tak boleh guna dekat bandar tu, even pergi balai ke, apa pun tiada guna dah. Kena balik ke hotel semula.

“Nasib baik diterima. Kalau tak, merempat mana ntah lah, dengan sejuk, duit ntah cukup ke tidak, cuak!”jelasnya.

 

Terdahulu, Bella berkongsi perkara itu sebagai respon kepada soalan seorang individu di platform Threads yang meminta orang ramai untuk membayang sekiranya berlaku perkara tidak diingini di luar negara.

“Cuba kau bayangkan… Kau bangun pagi dekat negara orang, kau check phone, tiba-tiba ada berita, flight cancel.

“Borders tutup. Negara tu lockdown. Kau tak boleh balik. Bunyi macam movie, kan? Tapi ni real,” tulis individu berkenaan.

Sumber: Threads 


 

Anda mungkin berminat dengan

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Must Watch Video

Advertisement