Skip to main content

Hiburan

Belum Ada Perbincangan Telefilem Bersama Bella Astillah, Fokus Syed Saddiq Tetap Di Parlimen - “Biar Dia Kekal Dengan Kerjaya Dia…”

Astro Gempak 342

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq dijangka akan berkolaborasi dalam projek khas bersama platform UTV, dengan persetujuan awal sudah dicapai.
  • Projek tersebut masih menunggu kesesuaian jadual kerana kekangan masa kedua-dua pihak belum dimuktamadkan.
  • Syed Saddiq bersedia memberi sokongan dan mungkin akan turut serta dalam projek itu bergantung kepada keadaan dan permintaan Bella.
Advertisement

Hasrat melihat gandingan pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam sebuah projek khas nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendedahkan, perbincangan awal untuk kolaborasi dirinya bersama Usanita bagi platform UTV sudah dipersetujui, namun masih menunggu kesesuaian jadual.

Advertisement

“Ini pertama kali saya bekerjasama dengan Usanita, jadi saya memang sangat menantikan projek ini.

“Cuma kita belum putuskan tarikh dan jalan cerita macam mana, jadi saya tak boleh kongsi lebih. Insya-Allah memang kita dah lama nak buat kolaborasi ini, tunggu sahaja nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, kekangan jadual menjadi antara faktor utama projek tersebut masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Advertisement

“Ya, kami masih menunggu tarikh sebab saya ada masalah dengan jadual. Saya tak nak menyusahkan pihak produksi kemudian hari, tapi memang akan ada,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita di Grand Hyatt, semalam.

Ketika ditanya mengenai tahap persetujuan, Bella mengakui projek tersebut sudah mencapai persetujuan awal.

“Iya, dah setuju dah,” katanya ringikas.

Sementara itu, Syed Saddiq pula dilihat berseloroh apabila diajukan soalan mengenai kesediaannya untuk berlakon bersama Bella Astillah. 

“Saya fokus di Parlimen lah. Dalam peranan ini, saya akan jadi partner yang paling supportive itu sahaja,” katanya.

Tidak menolak kemungkinan untuk tampil di kaca televisyen, Syed Saddiq berkata perkara itu bergantung kepada keadaan.

“Kita tengok nanti… mungkin saya akan diheret seperti mana saya diheret bila perlu menari.

“Sekiranya Bella mahukannya, saya akan cuba yang terbaik” katanya.

Dalam masa sama, Bella menghargai sokongan diberikan selain berterima kasih kepada pihak Usanita atas peluang besar tersebut.

“Biar dia kekal dengan kerjaya dia tapi sentiasa support saya. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Nana untuk peluang ini, saya memang menantikannya,” katanya.

Dalam masa sama, Bella menerusi perkongsian di Instagram Storynya, turut memaklumkan tiada lagi perbincangan akhir atau kata putus mengenai penglibatan YB Syed Saddiq dalam lakonan. 

sdbdfbd

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Must Watch Video

Advertisement