Skip to main content

Hiburan

“Belum Ada Rezeki Saya, Sebagai Penyanyi, Itu Tak Patahkan Semangat” – Hazama

“Belum Ada Rezeki Saya, Sebagai Penyanyi, Itu Tak Patahkan Semangat” – Hazama

Sekilas

  • Hazama tidak kecewa walaupun belum pernah menang trofi selepas lapan kali bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).
  • Dia anggap setiap kali berjaya ke pentas AJL sebagai satu kemenangan dan bonus dalam kerjayanya.
  • Perjalanan Hazama di AJL menunjukkan evolusi dari menyanyi lagu orang lain hingga menghasilkan lagu ciptaan sendiri.
Advertisement

Penyanyi Hazama tidak melihat kegagalannya meraih trofi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai sesuatu yang mengecewakan meskipun sudah lapan kali terlibat dalam pertandingan berprestij itu.

Menurut Hazama, dia menerima perkara tersebut dengan hati terbuka kerana setiap kali berjaya melangkah ke pentas AJL sudah dianggap sebagai satu kemenangan dan bonus dalam kerjayanya.

Advertisement

“Lapan kali atau 10 kali sekalipun, saya okey sahaja. Belum ada rezeki saya untuk berada di podium AJL.

“Sebagai penyanyi, perkara itu tak mematahkan semangat saya. Saya menyanyi dan menghasilkan lagu untuk orang dengar. Bila dapat masuk AJL, itu sudah menjadi satu bonus dan kemenangan buat saya,” katanya.

Dalam masa sama, Hazama melihat perjalanan sepanjang lapan penyertaannya dalam AJL sebagai satu proses evolusi, bermula dengan menyanyikan karya orang lain sehinggalah tampil dengan lagu ciptaan sendiri.

Advertisement

“Kalau tengok perjalanan saya dalam AJL, memang ada evolusi. Kali pertama saya menyanyikan lagu orang bersama Amy Search, kemudian menyanyikan karya orang lain dan selepas itu mula berkolaborasi dengan komposer.

“Kali kelapan ini pula saya datang dengan lagu sendiri. Jadi bagi saya, dalam AJL saya bukan bersaing dengan orang lain, tetapi dengan diri sendiri dan kualiti saya,” ujarnya.

Sebelum ini, segelintir peminat meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila Hazama masih belum diberikan rezeki membawa pulang sebarang trofi daripada pentas AJL meskipun sudah beberapa kali bertanding.

Terdahulu, Hazama berentap di pentas AJL40 pada 15 Ogos lalu menerusi lagu Semacam Pandora.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement