Skip to main content

Hiburan

Belum Tayang, Treler TERBANG Masuk Top 10 Trending Di Youtube

Belum Tayang, Treler TERBANG Masuk Top 10 Trending Di Youtube

Sekilas

  • Treler rasmi filem aksi rali tempatan TERBANG berjaya masuk Top 10 Movie Trailers Malaysia di Youtube sebelum tayangan rasmi pada September ini.
  • Filem arahan Chiu Keng Guan ini diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh, dan menampilkan pelakon popular seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, dan Diana Danielle.
  • TERBANG akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 17 September, termasuk dalam format 4DX.
Advertisement

Belum pun ditayangkan di pawagam, filem aksi rali tempatan, TERBANG sudah mencetuskan keterujaan apabila treler rasminya berjaya menembusi senarai Top 10 Movie Trailers Malaysia di Youtube.

Perkara tersebut dikongsi menerusi platform Astro Shaw di Instagtam.

Advertisement

 

 Pencapaian tersebut memperlihatkan sambutan positif peminat filem tempatan terhadap naskhah arahan pengarah tersohor, Chiu Keng Guan menjelang tayangannya pada September depan.

 

Advertisement

Menerusi treler berdurasi lebih dua minit itu, penonton disajikan dengan babak perlumbaan rali penuh mendebarkan selain visual sinematik yang memaparkan skala besar pembikinan filem tersebut.

Untuk rekod, TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda rali negara, Karamjit Singh yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Filem tersebut diarahkan Chiu yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi karya pecah panggung seperti The Journey dan OlaBola.

TERBANG turut menghimpunkan barisan pelakon antaranya Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

Diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Aventure Space, TERBANG mengisahkan seorang pelumba rali yang berdepan trauma akibat kemalangan sebelum kembali bangkit mengejar impiannya.

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September ini termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement