Skip to main content

Hiburan

Ben Ali ‘Cancel’ Semua Urusan Demi Penghormatan Terakhir Buat Tun Hasmah - “Berduka Cita Sampai Tak Boleh Nak Buat Apa”

Ben Ali ‘Cancel’ Semua Urusan Demi Penghormatan Terakhir Buat Tun Hasmah - “Berduka Cita Sampai Tak Boleh Nak Buat Apa”

Sekilas

  • Pelakon Ben Ali menyifatkan pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai kehilangan besar buat negara dan berkongsi rasa sedihnya selepas mendapat berita tersebut.
  • Ben Ali menggambarkan Tun Hasmah sebagai tokoh negarawan yang penuh sifat keibuan dan dianggap seperti ibu serta nenek oleh rakyat Malaysia.
  • Hubungan erat Tun Hasmah dan Tun Dr. Mahathir selama hampir 70 tahun menjadi antara sebab pasangan itu sangat disayangi dan dihormati rakyat Malaysia.
Advertisement

Pelakon, Ben Ali menyifatkan pemergian isteri kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Malah, Ben mengakui dia terkejut ketika mendapat berita mengenai pemergian Tun Hasmah pada pagi Isnin.

Advertisement

“Saya dapat berita dalam pukul 10:00 pagi (Isnin) dan sudah tentu saya sedih kerana kita tahu Allahyarhamah merupakan seorang tokoh negarawan yang kita kagumi dan kita hormati.

“Berita ini memang menyedihkan dan bukan kepada saya sahaja tapi pastinya buat semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Gempak.

Ben yang sebelum ini pernah bertemu Tun Hasmah beberapa kali juga sangat terkesan dengan berita tersebut sehingga sanggup membatalkan semua urusan pada Isnin bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Advertisement

“Memang berduka citalah sehinggakan saya sampai tak boleh nak buat apa. Saya batalkan semua benda semata-mata untuk hadir kat sini hari ni,” kongsinya.

Berkongsi mengenai sisi peribadi Tun Hasmah, Ben menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang figura yang penuh dengan sifat keibuan.

Menurut Ben, Tun Dr. Siti Hasmah bukan sahaja seorang tokoh negarawan, malah turut dikenang sebagai figura ibu yang mempunyai sifat keibuan.

“Bagi saya beliau merupakan seorang tokoh yang penuh dengan sifat keibuan. Pastinya bukan saya saja yang rasa seperti itu sebaliknya semua rakyat Malaysia yang mungkin anggap beliau macam ibu dan nenek sendiri.

Ditanya pendapat mengapakah Tun Hasmah disayangi rakyat Malaysia, Ben berpendapat hubungan erat antara Allahyarhamah dan suaminya, Tun M hampir 70 tahun menjadi antara sebab pasangan itu begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

Katanya, hubungan mereka bukan sahaja menjadi perhatian kerana kedudukan sebagai tokoh politik dan negarawan, malah turut menjadi contoh dalam kehidupan berumah tangga.

“Saya rasa mungkin disebabkan keserasian Tun M dan Tun Hasmah itu sendiri yang membuatkan satu Malaysia berasa kagum ditambah pula perkahwinan mereka yang sudah 70 tahun.

“Mereka berdua bukan sahaja tokoh dalam bidang politik tetapi pastinya menjadi contoh dalam kehidupan semua.

“Perkara sebegitu membuatkan ramai rakyat Malaysia yang sayang kepada Tun M dan Tun Hasmah,” ujarnya.

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Berita duka itu disahkan sendiri anak kepada Allahyarhamah iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement