Skip to main content

Hiburan

"Benda Baik Tidak Akan Sorok, Sampai Masa Kami Kongsi” – Fattah Amin Jawab Spekulasi Amira Othman Hamil

Astro Gempak 339

Sekilas

  • Fattah Amin dan Amira Othman belum bersedia untuk mengumumkan berita kehamilan walaupun spekulasi hangat di kalangan netizen.
  • Fattah menegaskan mereka akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai dan berharap peminat mendoakan yang terbaik.
  • Amira menganggap spekulasi sebagai perkara biasa dalam dunia seni dan yakin peminat memahami keputusan mereka untuk berkongsi atau tidak sesuatu berita.
Advertisement

Teka-teki mengenai kehamilan penyanyi Amira Othman masih menjadi bualan hangat apabila ramai netizen mendakwa selebriti itu seolah-olah tidak lagi mampu menyembunyikan perkara tersebut.

Tidak melatah dengan spekulasi yang bertebaran, suaminya Fattah Amin menegaskan mereka akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai.

Advertisement

“Macam kami cakapkan sebelum ini, insya-Allah masa itu akan sampai. Sama ada cepat atau lambat, masa itu akan sampai bila kita sudah bersedia untuk berkongsi.

“Cuma sekarang ini, belum sampai lagi. Harap bersabarlah. Jangan risau, kita takkan sorok-sorok sebab benda baik kita akan beritahu,” katanya.

Tambah Fattah, dia berharap peminat akan terus mendoakan yang terbaik agar segala urusan mereka dipermudahkan.

“Yang penting kita harap peminat dan media mendoakan yang baik-baik. Insya-Allah bila ada berita gembira, kita akan kongsi.

“Seperti saya cakap, masa itu belum sampai lagi,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita di Grand Hyatt, semalam.

Sementara itu, Amira menganggap segala spekulasi yang timbul sebagai asam garam kehidupan bergelar anak seni, lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.

“Itulah, saya rasa saya dah banyak kali kongsi benda ini. Sebelum kahwin orang tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin orang nak tahu berita seterusnya.

“Spekulasi itu adatlah. Cuma kalau ada benda baik saya akan kongsi. Kalau saya pilih untuk tak komen, pasti ada sebab dan kita tahu bila masa sesuai,” katanya.

Menurut pelantun lagu Hati-Hati itu lagi, dia yakin peminat memahami keputusan mereka untuk berkongsi atau tidak sesuatu perkara.

“Apa yang saya harap adalah doa yang baik-baik daripada semua peminat dan penyokong,” katanya.

Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan Amira pada 14 September tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Must Watch Video

Advertisement