Skip to main content

Berita Tempatan

Berani Betul! Ewan & Rea ‘On Air’ Dari Udara, THR GEGAR Cipta Kelainan Naik Paramotor

Berani Betul! Ewan & Rea ‘On Air’ Dari Udara, THR GEGAR Cipta Kelainan Naik Paramotor

Sekilas

  • Penyampai THR GEGAR, Ewan dan Rea, mencabar diri dengan bersiaran sambil melakukan aktiviti paramotor di Bachok, Kelantan.
  • Aktiviti ini sebahagian daripada jelajah KITA FM yang membawa penyampai meneroka pengalaman unik di seluruh negara.
  • THR GEGAR menjadi stesen radio pertama di Malaysia yang bersiaran di udara menerusi paramotor, menawarkan pengalaman baru kepada pendengar.
Advertisement

Penyampai THR GEGAR, Ewan dan Rea mencabar diri keluar daripada zon selesa apabila bersiaran sambil melakukan aktiviti paramotor di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Bukan sekadar mahu mencuba pengalaman ekstrem, aksi dua penyampai Gegar Petang itu turut menyaksikan THR GEGAR tampil dengan kelainan apabila membawa pengalaman bersiaran radio ke udara menerusi paramotor.

Advertisement

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian KITA FM yang menjelajah seluruh negara dengan membawa barisan penyampai meneroka lokasi serta pengalaman berbeza di setiap destinasi.

Bagi Ewan dan Rea, pengalaman berada di udara bukan sahaja membawa mereka keluar daripada kebiasaan bersiaran di dalam studio, malah turut menguji keberanian masing-masing.

Pengurus Jenama THR GEGAR, Azah Sahrin berkata, pihaknya mahu pengalaman yang dilalui penyampai diterjemahkan menjadi kandungan lebih menarik untuk dikongsikan bersama pendengar.

Advertisement

“Kami sentiasa mahu mencari pengalaman baharu yang boleh diterjemahkan kepada kandungan menarik untuk pendengar. Aktiviti paramotor ini memberikan satu perspektif yang berbeza kerana Ewan dan Rea bukan sahaja mencuba sesuatu yang mencabar, tetapi turut membawa pengalaman itu untuk dikongsikan bersama pendengar.

“Apa yang lebih menarik, aktiviti ini menjadi sebahagian daripada pengisian jelajah KITA FM ke seluruh negara, yang membuka ruang untuk kami meneroka pelbagai pengalaman unik di setiap lokasi,” katanya.

Menerusi pendekatan berkenaan, THR GEGAR mahu membawa penyampainya keluar daripada studio untuk merasai sendiri pengalaman yang dekat dengan kehidupan serta minat pendengar.

Dalam masa sama, aktiviti di Bachok itu turut menggabungkan elemen hiburan dan keberanian dengan pengalaman bersiaran radio dalam suasana yang berbeza.

THR GEGAR menyifatkan aktiviti berkenaan sebagai kali pertama sebuah stesen radio di Malaysia bersiaran di udara menerusi paramotor.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Must Watch Video

Advertisement