Skip to main content

Hiburan

Berani Eksplorasi Genre, Isyana Sarasvati Gembira Peminat Masih Setia Sokong - “Prinsip Saya Jadilah Diri Sendiri…”

Astro Gempak 584

Sekilas

  • Isyana Sarasvati tekankan muzik sebagai medium utama untuk dia jujur dan ekspresikan diri melalui pelbagai genre termasuk prog-rock dan metal.
  • Perubahan genre muzik Isyana diterima baik oleh peminat yang menghargai kejujuran dan kreativiti dalam karya-karyanya.
  • Isyana akan mengadakan konsert Isyana Sarasvati Live in Kuala Lumpur (Asia Tour 2026) pada 17 Julai di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan lagu dari album pertama hingga kelima.
Advertisement

Penyanyi dan komposer Indonesia, Isyana Sarasvati menyifatkan keberaniannya bereksperimen dengan pelbagai genre muzik bukan sekadar mahu mencipta kelainan, sebaliknya kerana mahu kekal jujur terhadap dirinya sendiri sebagai seorang pengkarya.

Menurut Isyana, 33, muzik merupakan medium terbaik untuk dia meluahkan perasaan dan menggambarkan identitinya yang sebenar.

“Sejak kecil, saya rasa muzik adalah medium terbaik untuk saya berekspresi dan menjadi jujur kepada diri sendiri.

“Muzik adalah satu-satunya perkara yang boleh mewakili warna sebenar saya. Tiada medium lain yang membolehkan saya menjadi paling jujur dan apa adanya.

“Saya tidak melihat muzik hanya sebagai sebuah profesion atau sekadar untuk menggembirakan orang lain, tetapi bagaimana saya memandang kehidupan dan diri saya sendiri,” katanya.

Isyana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Isyana Sarasvati Live in Kuala Lumpur (Asia Tour 2026), baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Dalam Jiwa itu turut berkongsi prinsip yang sentiasa dipegang sepanjang bergelar anak seni.

“Prinsip yang saya pegang ialah jadilah diri sendiri, teruskan menjadi diri sendiri dan lakukan apa yang kita cintai.

“Kerana itulah yang membuatkan kita berasa utuh dan sempurna dalam mengharungi setiap liku kehidupan,” ujarnya.

Ditanya mengenai penerimaan peminat selepas beralih daripada genre balada kepada muzik yang lebih eksperimental termasuk prog-rock dan metal, Isyana mengakui perubahan tersebut memberi pengalaman yang cukup bermakna.

“Bagi saya, ia sangat menyeronokkan. Peminat juga sangat menghargainya.

“Seperti kehidupan, sentiasa ada yang datang dan pergi. Dengan genre yang lebih jujur seperti ini, ramai peminat setia yang hadir.

“Mereka bukan hanya melihat saya sebagai individu, tetapi benar-benar menghayati muzik, lirik dan setiap perubahan yang saya bawakan. Itu membuatkan saya sangat bahagia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Isyana mengakui teruja untuk kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert Isyana Sarasvati Live in Kuala Lumpur (Asia Tour 2026) yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 Julai depan.

“Saya sangat gembira akhirnya dapat kembali ke sini. Kali terakhir saya membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur adalah pada 2023 ketika album ketiga.

“Sekarang saya sudah berada di album kelima, jadi saya tidak sabar untuk bertemu peminat Malaysia semula.

“Saya harap penonton akan berpuas hati kerana konsert ini akan menghimpunkan lagu-lagu daripada album pertama hingga album kelima dalam satu persembahan yang menyeronokkan dan penuh elemen eklektik,” katanya.

Selain Kuala Lumpur, jelajah Asia Isyana turut merangkumi beberapa lokasi lain termasuk Korea Selatan, Jepun, Manila dan Taiwan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement