Skip to main content

Viral

Berat Badan Macam ‘Yo-Yo’ Lepas Di Penjara, Duduk Hospital Bahagia, Yasin Fokus Diet

Berat Badan Macam ‘Yo-Yo’ Lepas Di Penjara, Duduk Hospital Bahagia, Yasin Fokus Diet

Sekilas

  • Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berkongsi pengalaman berat badannya yang berubah-ubah dari 65 kilogram ke 48 kilogram semasa di penjara, kemudian naik ke 80 kilogram selepas dimasukkan ke Hospital Bahagia.
  • Kini dengan berat sekitar 77 kilogram, Yasin berusaha menurunkan berat badan ke sasaran 60 kilogram demi kesihatan diri.
  • Yasin baru-baru ini menghadiri pra tonton teater muzikal Mansur & Liu di Istana Budaya, acara hiburan pertama selepas dibebaskan dari hospital, dan mengagumi pengarah muzikal Datuk M Nasir.
Advertisement

Lebih empat tahun melalui antara pengalaman hidup paling sukar, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman kini memberi perhatian terhadap kesihatan diri, termasuk usaha menurunkan berat badan yang berubah-ubah sepanjang tempoh tersebut.

Yasin, 51, mengakui berat badannya mengalami perubahan ketara, ibarat ‘yo-yo’, sepanjang melalui fasa getir dalam kehidupannya.

Advertisement

Menurut Yasin, berat badannya pernah turun daripada sekitar 65 kilogram kepada 48 kilogram sebelum meningkat sehingga 80 kilogram selepas dimasukkan ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak dan mengambil ubat secara tersusun.

Kini memiliki berat badan sekitar 77 kilogram, Yasin menyasarkan untuk mencapai berat 60 kilogram.

“Daripada 65 kilogram, berat saya turun sampai 48 kilogram sewaktu berada dalam penjara. Penjara tempat yang sangat teruk.

Advertisement

“Kemudian apabila masuk hospital dan makan ubat, berat naik pula sampai 80 kilogram. Sekarang berat saya sekitar 77 kilogram dan saya cuba untuk turunkan sehingga 60 kilogram,” katanya.

Yasin ditemui sewaktu menghadiri pra tonton bersama media teater muzikal Mansur & Liu yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pementasan tersebut menjadi acara hiburan pertama yang dihadiri Yasin selepas seminggu dibebaskan daripada Hospital Bahagia.

Ditanya mengenai keputusan menghadiri pementasan tersebut, Yasin dengan pendek memberitahu sangat mengagumi Datuk M Nasir yang merupakan pengarah muzikal Mansur & Liu.

“M Nasir adalah idola saya sejak sekian lama. Saya seronok dan rasa Mansur & Liu sebuah teater muzikal yang menarik,” kata Yasin yang juga mengakui rindu dengan suasana dunia hiburan yang menjadi gelanggang kariernya selama ini.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

ADIDAS KNEE SUPPORT - BLACK

ADIDAS KNEE SUPPORT - BLACK

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must Watch Video

Advertisement