Skip to main content

Hiburan

Berbaju Kurung & Pakai Tudung, Netizen Puji Penampilan Sopan Leona - “Nampak Ayu & Manis La”

Leona

Sekilas

  • Kasih Iris Leona tampil kali pertama memakai tudung dalam pertunjukan fesyen pakaian raya jenama Bulan Bintang.
  • Video Leona yang dikongsikan di TikTok mendapat pujian dan sokongan daripada wargamaya atas penampilannya yang ayu dan manis.
  • Ramai mendoakan agar Leona terus istiqamah memakai tudung dan menjaga penampilannya seperti itu.

Kemunculan personaliti media sosial, Kasih Iris Leona acara pertunjukkan fesyen jenama pakaian raya, Bulan Bintang baru-baru ini menarik perhatian wargamaya. 

 

Menerusi video yang dikongsikan Leona mengenakan tudung ketika memperagakan pakaian raya jenama tersebut. 

 

“Pertama kali pakai tudung,” tulis Leona menerusi akaun TikTok miliknya. 

 

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja dan memuji pernampilan anak perempuan kepada aktor Azhar Sulaiman itu. 

 

“Nampak ayu dan manis la.

 

“Awak nampak cantik, cuteness overload. 

 

“Semoga istiqamah, cantik sangat,” komen wargamaya. 

 

Malah ada juga yang mendoakan agar Leona terus memakai tudung dan menjaga penampilannya seperti itu. 

@leonsmeonss

first time wearing tudung hahaha

♬ Bonde das X rayaa - cpfreakyy

Must-Watch Video

Advertisement