Skip to main content

Hiburan

Bercerai, Tasya Farasya Bakar Baju Tidur Dipakai Masa Jadi Isteri: “Biar Memori Tidurnya Beza”

Tasya Farasya

Nama pempengaruh kecantikan Indonesia, Tasya Farasya memang sedang menjadi perhatian saat ini selepas bercerai dengan suaminya, Ahmad Assegaf.

Selain menjadi buah mulut kerana hanya meminta 3 sen sebagai nafkah selepas menjadi janda, Tasya sekali lagi menarik perhatian apabila mengatakan akan membakar semua baju tidur yang pernah dipakai sepanjang menjadi isteri Ahmad.

Advertisement

Menerusi perkongsian di media sosial, Tasya juga membeli baju tidur baharu.

“Mahu ganti baju tidur baharu. Biar memori tidurnya beza. Because i’m crazy like that,” ujar Tasya seperti dilaporkan Insertlive.

Dia juga mengatakan: “Baju yang lama tidak akan saya dermakan. Tapi akan saya bakar. Dramatis bukan.”

Terdahulu pasangan yang berkahwin pada 2018 ini dilaporkan bercerai kerana Ahmad telah menggelapkan duit syarikat milik Tasya selain menjual aset ibu mentuanya.

Namun pihak guaman Tasya mengatakan wanita itu tidak bercerai semata-mata kerana masalah kewangan tetapi ‘sakit batin’ yang telah ditinggalkan sepanjang mereka menjadi suami isteri.

Must-Watch Video

Advertisement