Skip to main content
Advertisement

Kpop

Bercinta, Nana Janji Mahu Jalani Hubungan Bahagia & Sihat dengan T.O.P

Bercinta, Nana Janji Mahu Jalani Hubungan Bahagia & Sihat dengan T.O.P

Sekilas

  • T.O.P dan Nana sahkan mereka sedang bercinta selepas mula rapat ketika penggambaran video muzik pada Januari lalu.
  • Hubungan romantik mereka bermula sekitar Jun dan kini kedua-duanya dilaporkan bahagia menjalinkan hubungan tersebut.
  • Nana beri reaksi malu tapi positif kepada peminat, manakala agensi kedua-dua selebriti mengesahkan berita ini secara rasmi.
Advertisement

Teka teki tentang hubungan akrab  antara bekas anggota BIGBANG, T.O.P dan Nana akhirnya terungkap apabila dua selebriti terkenal itu mengesahkan sedang bercinta.

Berita yang membuat ramai peminat mereka teruja, sementara sebahagiannya ‘cemburu’ itu disampaikan oleh agensi kedua-dua selebriti berkenaan.

Advertisement

Kenyataan tersebut dibuat selepas Dispatch melaporkan T.O.P atau nama sebenarnya, Choi Seung-hyu dengan pemilik nama sebenar Im Jin-ah (Nana) didedahkan kepada umum.

Menurut agensi T.O.P, 38, mula berkenalan dengan Nana, 35, ketika menjalani penggambaran video muzik milik penyanyi itu sebelum hubungan mereka berkembang menjadi lebih serius.

“Mereka mula berkenalan ketika menjalani penggambaran video muzik T.O.P. Selepas itu, mereka semakin rapat dan hubungan tersebut berkembang menjadi hubungan romantik sekitar Jun lalu,” jelas agensi bintang itu seperti dilaporkan Soompi.

Advertisement

Senada dengan itu, agensi Nana turut mengesahkan pasangan tersebut kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta.

“Mereka mula berkenalan ketika menjalani penggambaran video muzik T.O.P dan kini sedang bahagia bercinta,” kata wakil agensi Nana.

Malah Nana kemudian memberi reaksi kepada peminat melalui platform Bubble, mengatakan peminat mungkin terkejut dengan berita itu dan dia sendiri berasa sedikit malu, sambil menyatakan mereka akan menjalinkan hubungan dengan bahagia dan sihat

Sebelum ini, Dispatch melaporkan T.O.P dan Nana mula menjalinkan hubungan sekitar Jun lalu, selepas kedua-duanya bekerjasama dalam video muzik ‘Studio54’ yang menjalani penggambaran pada Januari.

Menurut laporan tersebut, T.O.P terlebih dahulu menghubungi Nana dan mengajaknya membintangi video muzik berkenaan.

Kerjasama itu kemudiannya menjadi titik permulaan kepada hubungan mereka apabila kedua-duanya semakin mengenali dan mendekati antara satu sama lain.

Dalam satu video di YouTube pada April lalu, T.O.P menjelaskan  dia mahu seorang wanita dengan imej misteri untuk watak dalam MV tersebut dan merasakan Nana paling sesuai dengan karakter yang dibayangkannya.

Sekitar 2008, T.O.P pernah dikaitkan dengan pelakon Shin Min-ah, selepas mereka bekerjasama dalam drama I Am Sam. Namun, hubungan tersebut tidak pernah disahkan secara rasmi sebagai pasangan.

Sementara Nana juga mempunyai situasi ‘kisah peribadi’ dan cinta yang hampir serupa dengan T.O.P apabila hampir tiada hubungan percintaan terdahulu yang disahkan secara rasmi dan diketahui umum seperti yang berlaku kepada sesetengah selebriti Korea lain.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement