Skip to main content

Hiburan

Bergenang Air Mata Aina Abdul Saksikan Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza - "Sebab Dapat Rasa..."

Bergenang Air Mata Aina Abdul Saksikan Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza - "Sebab Dapat Rasa..."
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui sebak ketika menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Aina meluahkan rasa kagum terhadap usaha keras Siti atau lebih mesra disapa Kak Iti dalam menjayakan konsert yang mengangkat muzik tradisional itu.

Advertisement

“Kak Iti, you did so well. ❤️ Ada momen Aina bergenang air mata, duduk diam. Bukan sebab tak enjoy, kami semua sangat enjoy! Tapi sebab dapat rasa how much you’ve worked sooooo hard untuk konsert ini. Sebak,” tulisnya.

Dalam masa sama, Aina turut menyifatkan pengalaman menyaksikan konsert dalam keadaan hujan renyai-renyai sebagai sesuatu yang menjadikan malam berkenaan lebih istimewa dan sukar dilupakan.

“Walaupun berhujan manja-manja, somehow it made the experience lagiiii memorable! Thank you for last night,” ujarnya.

Advertisement

Aina turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Siti serta pengurusnya, Rozi Abd Razak dan seluruh pasukan yang terlibat dalam menjayakan Konsert Tradisional Gema Bumantara.

Konsert Tradisional Gema Bumantara dipentaskan Siti selepas sembilan bulan mencipta sejarah menerusi konsert tiga dekad pembabitannya dalam industri seni, iaitu Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berjaya menghimpunkan kira-kira 65,000 di lokasi sama pada 10 Januari lalu.

Konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement