Skip to main content

Hiburan

Berhenti Masak Untuk Solat, Lebih 5,200 Rakyat Malaysia Tolong Jaga Asam Pedas & Telur Dadar Aina Abdul

Astrogempak Aina Abdul (2)

Sekilas

  • Aina Abdul buat siaran langsung memasak Asam Pedas Ayam dan telur dadar di TikTok yang menarik perhatian netizen.
  • Dia tinggalkan dapur sekejap untuk solat magrib, buat netizen gelak dan tinggalkan komen lucu kononnya "mengawasi" masakan.
  • Ramai puji Aina kerana utamakan ibadah walaupun tengah siaran langsung dan memasak.

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyorot perhatian netizen selepas membuat siaran langsung sambil memasak juadah makan malam di TikTok.

Ketika siaran langsung itu, Aina menyediakan dua menu iaitu Asam Pedas Ayam dan telur dadar.

Namun, yang menariknya ialah apabila pelantun lagu Berjauhan itu dilihat meninggalkan dapur bagi menunaikan solat Magrib.  

Situasi tersebut nyata menghiburkan netizen apabila ramai meninggalkan komen lucu dan berseloroh kononnya mereka sedang “mengawasi” asam pedas serta telur dadar milik penyanyi berkenaan sepanjang dia menunaikan solat.

Malah, ramai turut memuji sikap Aina yang mengutamakan ibadah walaupun sedang melakukan siaran langsung dan memasak.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement