Sekilas
- Pelakon dan usahawan Ben Ali berjaya turunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam masa setahun dengan konsisten bersenam dan jaga pemakanan.
- Beliau mula ubah gaya hidup menjadi lebih sihat sejak Februari 2024 dengan fokus senaman tiga hingga lima kali seminggu.
- Ben Ali kongsi perjalanan transformasi ini bukan mudah, tapi berbaloi dengan disiplin dan usaha yang konsisten.
Pelakon dan usahawan Ben Ali berkongsi perkembangan fizikalnya selepas mengambil keputusan untuk menjadi lebih sihat dan fit pada 2024.
Mengambil masa selama setahun, Ben meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 15 kilogram dengan melakukan senaman dan menjaga permakanan.
“Azam tahun 2024-2025 saya nak jadi fit dan lebih sihat. Berat saya 75 kilogram ketika itu, Februari 2024 saya mula ubah gaya hidup menjadi lebih sihat.
“Dan kini berat saya 60 kilogram. Hilang 15 kilogram. Saya fokus senaman seminggu tiga-lima kali, kekal konsisten dan jaga pemakanan,” kongsinya.
Menerusi perkongsian di Threads, Ben Ali mengakui perjalanan itu bukanlah mudah namun ia berbaloi apabila mendapat hasil seperti yang diimpikan.
“Adakah mudah? Tidak. Adakah berbaloi? YES 100 peratus. Semua yang kita impikan dan idamkan pasti akan membuahkan hasil jika kita BERDISIPLIN.
“Saya doakan azam tahun baru anda semua tercapai,” katanya.
Sumber - Threads