Sekilas
- Filem animasi Papa Zola The Movie mendapat sambutan hangat dengan rating 10/10 dari penonton tayangan awal yang terpilih.
- Penonton memuji jalan cerita yang dekat dengan kehidupan dan berjaya menyentuh emosi, membuatkan mereka ketawa dan menangis.
- Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember, dengan tiket tayangan awal sudah habis terjual.
Tayangan awal filem animasi, Papa Zola The Movie mendapat sambutan hangat serta respon positif daripada penonton.
Hanya ditayangkan di beberapa lokasi, rata-rata warganet yang menonton memberikan ulasan positif sehinggakan mereka memberi rating 10/10.
Warganet yang berpeluang mendapatkan tiket tayangan awal mengakui bahawa filem animasi ini berjaya membuatkan mereka ketawa serta menyentuh emosi mereka.
Ujar warganet, tema yang dibawakan Papa Zola The Movie begitu dekat dengan kehidupan sehingga membuatkan mereka teringat akan figura seorang bapa.
“Kita teringat bapa kita, nak nangis rasa. Papa Zola memang sifat ayah yang sayangkan anak-anak dan sanggup buat apa saja untuk Pipi.
“Saya bagi 10/10 sebab filem ini berjaya menyentuh emosi saya. Macam roller coaster, ada sedih, ada gelak ketawa.
“Korang kena standby tisu sebab menangis dalam wayang tadi,” komen netizen.



Respon positif itu juga membuktikan betapa berkualitinya ‘editing’ yang dilakukan MONSTA serta jalan cerita yang begitu dekat dengan hati penonton.
Sekadar info, Papa Zola The Movie bakal mula ditayangkan bermula 11 Disember ini di pawagam seluruh negara.
Meskipun belum ditayangkan secara rasmi, tayangan awal di beberapa lokasi pawagam yang terpilih dilihat mendapat sambutan apabila tiket tayangan awal sudah habis terjual.
Sinopsis:
Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang bapa dan suami yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan permintaan anaknya, Pipi.
Walau bagaimanapun, banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui Papa Zola dan keluarga sepanjang pengembaraan itu.
Buat para peminat francais animasi BoboiBoy dan Mechamato, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket dan tonton Papa Zola The Movie di pawagam berdekatan anda bermula 11 Disember ini.