Skip to main content

Hiburan

Berjaya Jawab Kuiz & Kenal Peta Dunia, SOG Dah Terbiasa Baca Ensiklopedia Dari Kecil - “Itulah Mainan Kami Masa..."”

SOG

Sekilas

  • Ahli kumpulan Sekumpulan Orang Gila, Raja Nazmin Shah dan Raja Nazrin Shah, menjadi tular kerana kebolehan mereka menjawab kuiz pengetahuan am dan matematik.
  • Mereka membesar dengan tabiat membaca buku pengetahuan am yang diasuh oleh ibu bapa mereka sejak kecil tanpa paksaan.
  • Raja Nazmin menasihatkan generasi muda supaya terus menimba ilmu walaupun gagal dalam pelajaran formal seperti SPM, kerana ilmu dunia luar juga sangat berharga.

Tahun lalu ahli kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) iaitu Raja Nazmin Shah dan Raja Nazrin Shah menjadi tular gara-gara dapat menjawab kuiz berkaitan pengetahuan am dan matematik. 

 

Menurut Raja Nazrin, Allahyarham ibu bapa mereka sangat mementingkan pelajaran dan mula membaca buku pengetahuan am sejak kecil sehingga kini menjadi tabiat. 

 

“Arwah ibu dan bapa kami memang sangat pentingkan pelajaran. Bagi mereka, nak ke mana-mana pelajaran nombor satu, yang menyelamatkan kita bila besar. 

 

“Dari kecil lagi, mereka dah beri ensiklopedia, peta, geografi… hari-hari memang kami baca tanpa paksaan. Itulah mainan kami masa kecil selain main bola. 

 

“Balik sekolah, main bola dan balik rumah baca buku. Kerja sekolah tak jalan, tapi baca buku itu jalan. Lama-lama hafal sampai sekarang. 

 

“Sampai sekarang ada masa buka google, baca wikipedia… nasional geographic… jadi macam habit, tak boleh nak tinggal,” katanya kepada Gempak. 

 

SOG berkongsi perkara itu ketika ditemui media pada majlis sidang media Metalverse yang akan berlangsung di Megastar Star Arena, di sini, pada 30 April dan 1 Mei depan anjuran Vox Nation Live.

 

Dalam pada itu, abang kembar kepada Raja Nazrin iaitu Raja Nazmin menitipkan pesanan buat generasi muda untuk menimba ilmu untuk masa depan. 

 

“Belajar itu penting, tapi ilmu bukan berada di sekolah saja. Maksudnya, mungkin dia ditakdirkan malas belajar di sekolah tapi di luar sana pelajaran dunia lebih berharga. 

 

“Saya rasa, gagal SPM bukan gagal selamanya. Untuk pelajar malas ini, jangan mudah putus asa,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement