Skip to main content

Hiburan

Berkemban Demi Jayakan Watak, Ranea Ezreen Sedia Terima Kecaman - “Babak Itu Penting Untuk Hidupkan Watak”

Ranea Ezreen

Sekilas

  • Ranea Ezreen menjelaskan babak berkemban dalam drama Walid dilakukan demi menjayakan watak dan sudah dibincangkan awal dengan produksi.
  • Pelakon itu memakai tube dan seluar dalam babak tersebut, walaupun nampak seolah-olah berkemban tanpa pakaian.
  • Ranea bersedia dari segi mental untuk menghadapi sebarang kecaman dan menganggap babak itu penting untuk menghidupkan watak secara profesional.

Pelakon, Ranea Ezreen berpendapat kesediannya untuk menjayakan babak berkemban dalam drama Walid hanyalah demi untuk menjayakan watak yang diberi.

Ujar Ranea, dia beranggapan babak tersebut tidak keterlaluan memandangkan perbincangan awal sudah pun dibuat serta masih dalam batas yang sesuai sebagai seorang pelakon.

“Babak yang saya berkemban dalam air itu memang agak sejuk. Kalau orang tanya kenapa saya berani buat babak sedemikian, bagi saya, karakter itu masih lagi dalam kemampuan saya untuk bawa.

“Macam saya sendiri, dalam kehidupan sebenar dan di media sosial pun saya tidaklah terlalu seksi. Tapi kalau pakai tube, pernahlah. Jadi untuk babak yang macam itu, bukanlah berkemban sampai tak pakai apa-apa di dalam.

“Saya pakai. Saya pakai tube dan seluar juga di dalam. Cuma untuk penonton yang tengok, mereka tak tahu kita pakai baju atau tidak di dalam,” katanya kepada Gempak.

Ketika ditanya mengenai kecaman yang mungkin dilemparkan netizen kepadanya, pelakon yang terkenal menerusi watak Dewi ini memaklumkan dia bersedia dari segi mental.

“Insya-Allah saya cuba kuatkan mental kalau lepas ini ada kecaman tentang babak tersebut. Insya-Allah saya boleh. Tapi sebenarnya babak-babak itu penting untuk hidupkan watak. Profesional sahaja,” ujarnya.

Selain Ranea, drama Walid terbitan Viu Malaysia itu turut dibintangi Faizal Hussein, Vanidah Imrah, Olla Ramlan, Aqasha dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement