Skip to main content

Hiburan

Berlakon Di TikTok Tak Sama Dengan Set Penggambaraan, Sein Qudsi Nasihat 'Influencer' Yang Nak Jadi Pelakon Cari Ilmu

Astro Gempak 573

Sekilas

  • Sein Qudsi dari Ruffedge menegaskan pempengaruh yang mahu jadi pelakon perlu ada ilmu dan pengalaman, bukan hanya bergantung pada populariti media sosial.
  • Beliau berkata minat dan ilmu lakonan penting untuk mengasah bakat supaya potensi pelakon dapat berkembang sepenuhnya.
  • Konsert Soul City An R&B Night pada 10 Julai di Unifi Arena akan mengimbau era kegemilangan muzik R&B Malaysia dengan penampilan artis ikonik seperti Ruffedge dan Datin Alyah.

Anggota kumpulan Ruffedge yang juga aktif sebagai pengarah, Sein Qudsi berpendapat golongan pempengaruh yang ingin menceburi bidang lakonan perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman, bukan sekadar bergantung kepada populariti media sosial semata-mata.

Menurut Sein atau nama sebenarnya, Syed Hussein Syed Mustafa Al Qudsy, 42, berkata,sesiapa sahaja boleh menjadi pelakon tanpa mengira latar belakang kerjaya asalkan mempunyai minat yang mendalam serta kesungguhan untuk mempelajari seni lakonan.

“Bagi saya, tak kisah siapa pun awak, sama ada influencer, jurutera atau arkitek, lakonan itu adalah satu bentuk seni.

“Pertama sekali kena ada minat. Lepas itu kena cari ilmu lakonan,” katanya.

Tambahnya, bakat sememangnya memainkan peranan penting, namun ia perlu disertakan dengan ilmu dan pengalaman supaya potensi seseorang pelakon dapat berkembang sepenuhnya.

“Bakat memang penting sebab orang berbakat ini ajar sikit terus jadi.

“Tapi kalau ada bakat tanpa ilmu dan pengalaman, dia jadi macam tak habis tumbuh. Sayanglah bakat itu,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemunculan generasi baharu pempengaruh yang cuba menembusi bidang lakonan, Sein mengakui ramai dalam kalangan mereka kini lebih bersedia berbanding dahulu.

“Sekarang ini budak-budak baharu ramai yang bijak. Ilmu semua di hujung jari.

“Kalau mereka ada ilmu, mereka akan lebih menonjol masa sesi uji bakat.

“Sebagai pengarah, kita boleh nampak siapa yang datang dengan persiapan,” katanya.

Sein berkongsi pandangan tersebut ketika ditemui pada sidang media konsert Soul City An R&B Night di IDEAS Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sein menegaskan lokasi penggambaran bukan tempat untuk seseorang belajar asas lakonan kerana setiap produksi terikat dengan jadual kerja yang ketat.

“Dekat set, kita dah tak ada masa nak mengajar A, B, C sebab kita kejar masa dan cahaya matahari.

“Sesi penggambaran adalah sesi bekerja, bukan sesi pembelajaran,” katanya.

Ditanya mengenai tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kemahiran menghasilkan kandungan TikTok atau sketsa media sosial sudah mencukupi untuk bergelar pelakon, Sein menjelaskan kedua-duanya adalah perkara yang berbeza.

“Tidak boleh samakan.

“Ia macam awak main bola dekat padang depan rumah dengan kawan-kawan berbanding bermain di stadium besar.

“Dekat depan rumah mungkin rasa hebat, tapi bila masuk pentas utama, tiba-tiba kaki boleh jadi kaku. Takkan sama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, peminat muzik tempatan bakal dibawa mengimbau semula era kegemilangan R&B Malaysia menerusi konsert Soul City, An R&B Night yang menghimpunkan barisan nama ikonik seperti Ruffedge, Innuendo, Lah Ahmad dan The Fabulous Cats feat. Datin Alyah.

Bakal berlangsung pada 10 Julai depan di Unifi Arena, Bukit Jalil, konsert tersebut dijangka menjadi antara malam nostalgia paling dinanti peminat yang membesar dengan lagu-lagu R&B tempatan sekitar akhir 1990-an dan awal 2000-an.

Lebih daripada sekadar persembahan pentas, Soul City meraikan sebuah era muzik yang pernah mewarnai radio, televisyen serta budaya pop tempatan menerusi lagu-lagu malar segar yang masih dekat di hati peminat sehingga hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement