Skip to main content

Hiburan

Bermula Dengan ‘I Love You’, Kisah Cinta Tun M-Tun Dr Hasmah Terikat 70 Tahun

Bermula Dengan ‘I Love You’, Kisah Cinta Tun M-Tun Dr Hasmah Terikat 70 Tahun

Sekilas

  • Kisah cinta Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali bermula pada 1949 ketika mereka sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura.
  • Mereka berkahwin pada 1956 dan bersama-sama melalui pelbagai liku kehidupan selama tujuh dekad, dengan Tun Dr. Hasmah sentiasa menyokong suaminya dalam arena politik dan kehidupan awam.
  • Pasangan ini dikurniakan empat anak dan dikenang melalui penghormatan seperti penamaan orkid hibrid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, sebelum Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Advertisement

Bermula dengan tiga perkataan ringkas, ‘ I love you’, kisah cinta Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali akhirnya bertahan selama tujuh dekad sehingga hanya kematian memisahkan mereka.

Pasangan tersebut pertama kali bertemu pada 1947 ketika sama-sama menuntut dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. 

Ketika itu, Tun Dr. Hasmah merupakan satu-satunya wanita Melayu dalam kumpulan pelajar perubatan berkenaan. 

Bermula sebagai sahabat seperjuangan dalam pelajaran, hubungan mereka berubah menjadi lebih istimewa pada 23 April 1949.

Selepas pulang menonton wayang, mereka berjalan menuju ke asrama di Holne Chase sebelum Tun Dr. Mahathir memberanikan diri meluahkan perasaan dengan mengucapkan tiga perkataan yang kemudiannya menjadi permulaan kisah cinta mereka.

“I love you,” kata Tun Dr. Mahathir ketika itu seperti yang direkodkan dalam buku Siti Hasmah: Citra Wanita Dua Zaman. 

Tujuh tahun kemudian, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 1956 sebelum Tun Dr. Hasmah berpindah ke Alor Setar, Kedah mengikut suaminya dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar. 

Ketika Tun Dr. Mahathir mula mengorak langkah dalam arena politik, Tun Dr. Hasmah memilih untuk tidak mencampuri urusan politik suaminya.

Namun, Allahyarhamah kekal menjadi individu yang sentiasa berada di sisi Tun Dr. Mahathir dalam pelbagai acara rasmi dan tidak rasmi sepanjang puluhan tahun perjalanan kehidupan awam bekas Perdana Menteri itu.

Keakraban pasangan tersebut bahkan melahirkan ungkapan ‘di mana ada Dr. Mahathir, di situ ada Dr. Siti Hasmah’ yang menggambarkan betapa rapat dan tidak terpisahnya kehidupan mereka. 

Pada 2021, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai isteri yang sentiasa berada di sisi ketika susah mahupun senang.

“Saya bertuah kerana ada Hasmah bersama-sama saya sepanjang 63 tahun tidak kira naik atau jatuh.

“Beliau seorang doktor dan tentunya ia bonus kerana pada usia sekarang, saya mempunyai seorang doktor di sisi saya sepanjang masa,” katanya ketika itu. 

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan empat anak iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Mirzan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selain tiga anak angkat, Maizura, Mazhar dan Melinda. 

Cinta mereka turut diabadikan dalam bentuk bunga apabila Singapura menamakan orkid hibrid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah sempena pasangan tersebut pada 2018. 

Selepas 70 tahun membina kehidupan bersama, pasangan tersebut akhirnya dipisahkan apabila Tun Dr. Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.

Allahyarhamah meninggalkan bukan sahaja keluarga serta rakyat yang mengenang jasa dan sumbangannya, malah sebuah kisah cinta bersama Tun Dr. Mahathir yang diinspirasikan ramai.

Sumber: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

Belajar Doa Nabi Yunus

Belajar Doa Nabi Yunus

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Must Watch Video

Advertisement