Skip to main content

Hiburan

Bermula Dengan Satu Jemputan Di Threads, ERA Turun Padang Bersama Pelajar Disleksia

Astrogempak ERA

Sekilas

  • ERA melawat pusat pendidikan pelajar disleksia di Jalan Ampang selepas dijemput oleh guru melalui perkongsian di Threads.
  • Kunjungan itu diisi dengan aktiviti santai dan ERA menerima lukisan khas daripada pelajar sebagai tanda penghargaan.
  • Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang disleksia dan mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa pelajar disleksia.

ERA terus komited dalam mendekati komuniti apabila berpeluang mengunjungi sebuah pusat pendidikan pelaja disleksia di Jalan Ampang, selepas menerima jemputan daripada para guru menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh ERA di platform Threads.

Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, kunjungan tersebut membuka ruang kepada ERA untuk mendekati dan memahami dengan lebih dekat komuniti disleksia serta membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keadaan pembelajaran tersebut.

“Apabila kami memuat naik hantaran di Threads, kami menerima jemputan daripada para guru untuk hadir ke pusat ini. ERA melihat ia sebagai satu peluang bermakna untuk mengetengahkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai apa itu disleksia serta cabaran yang dihadapi oleh mereka yang mengalaminya,” kata Azah.

Kunjungan yang berlangsung pada pagi Jumaat sejurus selepas segmen siaran langsung ERA itu diisi dengan pelbagai aktiviti santai termasuk perlawanan bola dan sesi beramah mesra bersama para pelajar serta tenaga pengajar.

Bagi memeriahkan suasana, ERA turut menyajikan durian dan manggis buat para pelajar hasil sumbangan daripada AWAL MUZIK, sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada komuniti tersebut.

Antara momen paling istimewa sepanjang program itu adalah apabila pasukan ERA menerima sebuah lukisan khas yang dihasilkan oleh salah seorang pelajar disleksia sebagai tanda penghargaan, sekitar jam 3 pagi sebelum program berlangsung.

“Kami amat tersentuh menerima lukisan khas daripada pelajar disleksia. Ia merupakan satu kenangan yang sangat bermakna buat seluruh warga ERA dan menjadi simbol penghargaan yang akan kami hargai selamanya,” tambah beliau.

Azah berkata, ERA berharap program seperti ini dapat membuka lebih banyak ruang perbincangan mengenai disleksia dan mendorong masyarakat untuk lebih memahami serta menyokong individu yang mempunyai keunikan pembelajaran tersebut.

“Kami berharap usaha kecil ini dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai disleksia. Semoga lebih ramai mengambil tahu, memahami dan memberikan sokongan kepada golongan ini agar mereka dapat terus berkembang dengan yakin dan cemerlang.”

Beliau turut memaklumkan bahawa ERA menerima banyak maklum balas positif daripada ibu bapa yang mempunyai anak disleksia selepas program tersebut dikongsikan di platform media sosial ERA.

“Kami sangat terharu apabila menerima pelbagai maklum balas positif daripada ibu bapa yang mempunyai anak disleksia. Respons ini menunjukkan bahawa masih ramai yang menghargai usaha-usaha meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap komuniti ini,” katanya.

ERA ialah sebahagian daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio. Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, ERA menampilkan lagu-lagu popular, hits terkini dan menjadi pilihan utama pendengar, menjadikannya stesen radio nombor 1 di Malaysia.

Dengan hampir 6 juta pengikut di media sosial, ERA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Muzik Hit Terkini. Selain mendengar melalui frekuensi radio, orang ramai boleh mengikuti ERA di platform media sosial rasmi atau memuat turun aplikasi ERA melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement