Skip to main content

Hiburan

Berniaga Demi Kelangsungan Hidup, Razzuan Rosli Tetap Terima Tawaran Lakonan - “Ini Adalah Pencapaian Terbesar Saya”

Razzuan Rosli
Advertisement

Pelakon, Razzuan Rosli mengakui tidak pernah berasa malu untuk berniaga meskipun dikenali sebagai anak seni.

Advertisement

Menurut Razzuan, keputusan untuk menceburi bidang perniagaan dibuat kerana menyedari hakikat bahawa kerjaya dalam industri hiburan tidak menjanjikan pekerjaan yang berterusan setiap hari.

“Eh, tak ada glamor pun, mana ada. Saya berniaga disebabkan… biasalah kita kerja dalam industri hiburan ni bukan setiap hari kita ada ruang kerja tau. Ada masa kita tak ada kerja.

“Jadi sebagai manusia, kita ada bil yang perlu dibayar, kita ada makanan yang perlu dibeli,” katanya kepada Gempak.

Razzuan juga turut berkongsi dia dilamar oleh sebuah produksi China untuk membintangi sebuah filem bagi pasaran Hong Kong dan Taiwan.

“Alhamdulillah ada. Saya rasa ini adalah pencapaian terbesar saya sebagai seorang pelakon. Saya dilamar oleh satu produksi Cina, sebuah filem Cina.

“Saya akan menjadi salah seorang pelakon utama dan filem ini akan dipasarkan di pasaran antarabangsa seperti Hong Kong dan juga Taiwan. Ini salah satu pencapaian terbesar saya,” ujarnya.

Projek tersebut dijadualkan memulakan penggambaran sekitar Oktober depan.

Pada masa sama, meskipun sibuk berniaga Razzuan juga akui masih menerima tawaran untuk beberapa drama dan filem yang akan memulakan pengambaran selepas raya nanti.

“Untuk lokal, Melayu pun ada juga. Saya ada beberapa siri, filem dan juga series. Lepas raya nanti kita akan execute semua,” katanya lagi.
 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement