Skip to main content

Viral

Berpimpin Tangan Dengan Isteri Tercinta, Prince Syed Tiba Di Mahkamah Untuk Sebutan Kes Pukul - "Lawyer Saya Akan Jawab Semua"

syed_court

Ringkasan AI

  • Prince Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Klang untuk mendengar pertuduhan berkaitan keluarga mentuanya.
  • Beliau ditemani isteri dan dua peguam, dan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk menguruskan kes.
  • Keluarga mentua Prince Syed, termasuk ibu bapa dan dua anak mereka, ditahan bagi membantu siasatan selepas perselisihan faham.
  • Penahanan dibuat susulan video tular yang memaparkan dakwaan Aminah terhadap Prince Syed mengenai halangan berjumpa keluarga dan pembedahan paksa.
  • Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan berhubung kejadian di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Klang dipercayai bagi mendengar pertuduhan melibatkan keluarga mentuanya.

Prince Syed yang tiba di perkarangan mahkamah pada sekitar jam 9.30 pagi dilihat berjalan diiringi dua peguam sambil berpimpin tangan dengan isteri tercintanya, Fatin Syazwani Ishak.

Ketika ditanya mengenai harapan kes, pemilik nama Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman ini memaklumkan dia menyerahkan kepada peguam yang mewakilinya.

“Setakat ini kita tak tahu apa-apa lagi tetapi nanti peguam saya akan jawab semua,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, keluarga mentua Prince Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Klang hadir dipercayai bagi menghadapi pertuduhan.

Sebelumnya, ibu dan bapa mentua Prince Syed iaitu Aminah Haniffa, 55, dan Ishak Saif, 59, serta dua anak mereka iaitu, Muhd Syahmi Faiz, 31, dan Muhd Ikhwan Alif, 22, ditahan bagi membantu siasatan selepas berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Empat beranak itu terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, sebelum dibebaskan kira-kira jam 7 pada 3 November lalu.

Penahanan mereka itu dibuat susulan tularnya satu video memaparkan Aminah ke sebuah rumah dan mendakwa Prince Syed melarikan serta menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.

Dalam video yang sama, Aminah turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin untuk menjadikan anaknya sebagai tikus makmal.

Dia juga mendakwa anaknya telah dipaksa menjalani pembedahan bariatrik tanpa kerelaan bagi menjual produk pelangsingan

Keadaan jadi bertambah buruk apabila berlakunga perselisihan di kawasan perumahan yang terletak di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai pada 2 November lalu.

Aminah dan suami serta tiga anaknya kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah dilapor mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

Must-Watch Video

Advertisement