Skip to main content

Hiburan

Bertahun Menyulam Cinta Tapi Keluarga Kekasih Tak Berkenan? Abby Abadi Anggap Merugikan

Abby Abadi

Sekilas

  • Seorang wanita di Threads berkongsi kisah cintanya yang bertahun-tahun namun kekasihnya masih belum berani melangkah ke fasa perkahwinan kerana keluarga kekasih tidak merestui.
  • Penyanyi dan pelakon Abby Abadi memberi nasihat supaya wanita itu tidak merugikan diri sendiri dan perlu bijak menilai masa depan hubungan tersebut.
  • Komen Abby mendapat sokongan ramai warganet yang bersetuju dengan pandangannya mengenai pentingnya membuat keputusan yang tepat dalam percintaan.

Di Threads, seorang wanita tampil membuat luahan mengenai hubungan percintaannya dengan kekasih.

Ujar wanita yang dikenali sebagai @syakira.k91 itu, sudah bertahun dia menjalin hubungan percintaan dengan kekasih namun kekasih masih tidak berani untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

“Bercinta dah bertahun tapi boyfriend masih tak berani nak ajak kahwin sebab keluarga dia tak berkenan dengan kita,” luahnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai termasuklah penyanyi dan pelakon, Abby Abadi.

Menerusi ruangan komen, Abby berpendapat bahawa wanita itu hanya merugikan diri sendiri dan memintanya untuk bijak menentukan masa depannya.

“Macam merugikan diri sendiri. Sila nilai diri dengan lebih baik, fikir jauh sikit,” kongsinya.

Komen Abby itu turut mendapat respon daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat ahli kumpulan Elite itu.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement