Skip to main content

Hiburan

Bertungkus-Lumus Kumpul Duit Bawa Anak Tengok Papa Zola The Movie, Pasangan Suami Isteri Raih Pujian Netizen - “Kalian Adalah Ibu Bapa Terbaik”

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Sepasang suami isteri berkongsi pengorbanan mereka mencari duit lebih untuk bawa dua anak menonton filem animasi Papa Zola The Movie.
  • Mereka menikmati masa bersama di pawagam dan makan di restoran selepas berjaya merealisasikan impian anak-anak.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang terinspirasi dengan usaha ikhlas pasangan itu menjaga keluarga tanpa mengharapkan belas ihsan.

Sepasang suami isteri menyorot perhatian ramai apabila berkongsi pengorbanan yang dilakukan mereka untuk membawa dua anak pergi menonton filem animasi, Papa Zola The Movie.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu dikenali sebagai @jilahzainal memuat naik video memaparkan dirinya dan suami yang mencari duit lebih untuk merealiasikan impian dua anak mereka.

Jilah kemudiannya berkongsi momen mereka empat beranak menonton filem keluaran MONSTA dan Astro Shaw itu di pawagam sebelum mereka meluangkan masa makan bersama di sebuah restoran.

“Alhamdulillah misi selesai nak bawa anak-anak tengok Papa Zola The Movie.

“Tapi macam biasa lah kena bersusah-susah dulu,bersenang-senang kemudian,” ujarnya.

Perkongsiannya itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya sebak melihat perkongsian tersebut.

Mereka juga meluahkan rasa tersentuh dan menjadi momen keluarga itu sebagai inspirasi untuk sentiasa bersama keluarga dalam susah dan senang.

“Contoh terbaik orang yang ikhlas mencari rezeki untuk keluarga tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain. Semoga perkongsian ini dapat jadi teladan untuk golongan yang selalu meminta- minta.

“Kalian adalah ibu bapa yang terbaik, Insya-Allah anak-anak pun akan jadi anak-anak yang hebat,” komen netizen.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement