Skip to main content

Selebriti

Beshetik Hidap Kanser, Zara Zya Mohon Doa Orang Ramai

 Beshetik Hidap Kanser, Zara Zya Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon, Zara Zya berkongsi khabar duka apabila kucing kesayangannya, Beshetik yang berusia 11 tahun disahkan menghidap leukimia (FeLV).

Menerusi perkongsian di Instagram, Zara kelihatan sebak sambil memangku haiwan peliharaannya itu.

Advertisement

"Baru dapat tahu hari ini, kucing kesayangan saya, Beshetik ada leukimia (FeLV).

Memang sedih bila dengar, tapi saya pilih untuk terus kuat sebab dia pun perlukan kasih sayang dan semangat saya," katanya.

Bintang drama Love You Mr. Arrogant itu tekad mempelajari cara penjagaan terbaik agar Beshetik kekal bahagia walaupun sakit.

"Ada sesiapa yang pernah jaga kucing dengan keadaan macam ini.

"Saya nak belajar cara terbaik untuk pastikan dia tetap bahagia dan rasa disayangi walaupun sakit," luahnya.

Zara turut memohon doa orang ramai buat kucingnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati serta menitipkan doa:

"Semoga cepat sembuh Beshetik.

"Semoga Allah permudahkan segalanya.

"Ya Allah, kesiannya. Semoga cepat sembuh.

"Cuba bagi makan TF, ia untuk kuatkan imun badan. InsyaAllah boleh kembali sihat.

"Kucing saya pun ada leukimia, setiap bulan ambil suntikan. Doktor cuma pesan mereka perlukan TLC iaitu Tender Loving Care. Tetap kuat dan serah pada Allah," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement