Skip to main content

Hiburan

Betty Rahmat Tekankan Kepentingan Persekitaran Sihat Buat Anak, Akui Ibu Tak Perlu Sempurna

Betty Rahmat Tekankan Kepentingan Persekitaran Sihat Buat Anak, Akui Ibu Tak Perlu Sempurna

Sekilas

  • Betty Rahmat tekankan peranan penting ibu bapa dalam membentuk peribadi anak melalui persekitaran dan contoh harian.
  • Anak-anak belajar bukan sahaja dari nasihat, tapi juga dari tindakan dan reaksi orang dewasa di sekeliling mereka.
  • Betty ingatkan ibu bapa supaya tidak perlu sempurna, tapi sentiasa peka dengan tingkah laku yang ditunjukkan kepada anak-anak.
Advertisement

Pelakon, Betty Rahmat berpendapat ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak menerusi persekitaran dan contoh yang ditunjukkan dalam kehidupan seharian.

Menurut Betty, sebagai seorang ibu, dia percaya usaha mewujudkan persekitaran yang sihat untuk anak-anak tidak seharusnya dipandang ringan kerana mereka bukan sahaja belajar melalui nasihat dan teguran, malah turut memerhatikan setiap tindakan orang dewasa di sekeliling mereka.

Advertisement

“Sebagai seorang ibu, saya merasakan sangat penting untuk kita mewujudkan persekitaran yang sihat buat anak-anak.

“Ini kerana anak-anak bukan hanya belajar daripada apa yang kita ajarkan kepada mereka, tetapi juga daripada perkara yang mereka lihat setiap hari.

“Cara kita memberikan reaksi, mengawal kemarahan, menangani masalah dan paling penting, cara kita melayan orang lain, semuanya akan membentuk siapa diri mereka apabila dewasa nanti,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Betty mengingatkan bahawa ibu bapa tidak perlu terlalu mengejar kesempurnaan dalam membesarkan anak-anak kerana setiap individu mempunyai emosi dan kelemahan masing-masing.

Sebaliknya, apa yang lebih penting adalah kesedaran terhadap setiap tindakan dan tingkah laku yang ditunjukkan di hadapan anak-anak.

“Kita tidak perlu menjadi ibu yang sempurna. Kita juga manusia biasa yang mempunyai emosi dan banyak kelemahan.

“Namun, kita perlu sentiasa peka dan sedar tentang perkara yang kita tunjukkan kepada anak-anak,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement