Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Beza Usia 10 Tahun Bukan Halangan, Pelakon Penthouse, Yoon Jong Hoon Umum Bakal Berkahwin

Beza Usia 10 Tahun Bukan Halangan, Pelakon Penthouse, Yoon Jong Hoon Umum Bakal Berkahwin

Sekilas

  • Pelakon drama Korea terkenal, Yoon Jong Hoon, bakal berkahwin dengan aktres Han Eun Seo pada 1 November di Gangnam, Seoul.
  • Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain ketika berlakon dalam drama SBS, Return, pada 2018 sebelum menjalin hubungan cinta.
  • Yoon Jong Hoon dikenali melalui watak Ha Yoon Chul dalam drama The Penthouse, manakala Han Eun Seo memulakan kerjaya lakonan sejak 2008.
Advertisement

Pelakon drama Korea terkenal The Penthouse iaitu Yoon Jong Hoon bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Han Eun Seo.

Pasangan berkenaan dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 November depan dalam sebuah majlis yang akan diadakan di Gangnam, Seoul.

Advertisement

Berita itu juga disahkan oleh agensi Joong Hoon, YK Media Plus baru-baru ini.

Dalam pada itu, Joong Hoon juga terlebih dahulu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi surat tulisan tangan kepada peminat sehari kenyataan rasmi dikeluarkan oleh agensinya.

Difahamkan, Jong Hoon dan Eun Seo mula mengenali antara satu sama lain ketika bekerja menerusi drama SBS, Return, pada 2018 sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Perbezaan usia 10 tahun antara pasangan itu juga tidak menjadi penghalang apabila Jong Hoon kini berusia 42 tahun, manakala Han Eun Seo berusia 32 tahun.

Untuk info, Jong Hoon semakin dikenali selepas membawakan  watak Ha Yoon Chul dalam drama fenomena The Penthouse, yang dilakonkannya sepanjang tiga musim.

Sementara itu, Han Eun Seo yang dilahirkan pada 1994 memulakan kerjaya sebagai pelakon ketika masih remaja pada 2008.

Anda mungkin berminat dengan

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

Must Watch Video

Advertisement