Sekilas
- Sharifah Rose terkejut apabila teman baiknya, Sofea Shra, mengumumkan pertunangan yang sudah berlaku sejak Disember tahun lalu melalui TikTok.
- Netizen memuji cara Sofea menyimpan rahsia pertunangan untuk elak pandangan negatif dan menganggapnya langkah bijak.
- Sofea berkongsi kisah cinta mereka bermula sejak 2016 dan kini sudah menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihannya.
Pelakon dan personaliti media sosial, Sharifah Rose mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen ketika teman baiknya yang juga pempengaruh, Sofea Shra mengumumkan bahawa dia telah mengikat tali pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga.
Menerusi hantaran di TikTok, Sharifah kelihatan terkejut apabila Sofea memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah bertunang dengan jejaka pilihannya sejak Disember tahun lalu.
“Bila? You took so long to tell me,” kata Sharifah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap tindakan Sofea menyimpan berita pertunangan daripada umum sebagai sesuatu yang jarang dilakukan.
Malah ada yang menyifatkan caranya itu sebagai langkah bijak bagi mengelakkan pandangan atau komen negatif daripada orang luar.
“Weyh, kawan-kawan dia pun tak tahu ke wehhh?”
“Wow, serius nak ikut cara dia la. Rahsiakan daripada semua orang dulu sampai dah dekat nak kahwin baru bagitahu. Sebab serius, beritahu kita tunang awal pun macam-macam pandangan negatif saya dapat daripada orang. Tak semua orang ada niat yang baik macam kita expect.”
“Power giler eh dia simpan rahsia. BFF pun dia boleh tahan mulut daripada cakap.”
“Tunang pun tak bagitahu?! OMG. Tapi I think kalau I pun macam tu sebab macam, eh macam mana eh nak bagitahu? Hahaha. Tapi relatable lah reaction Rose, macam kawan-kawan I juga gaya.”
“Aku tak boleh lah reaction Rose HAHAHAHA. Tapi kalau aku pun aku rasa banyak carut jugakkk,” tulis netizen.
Terdahulu, Sofea Shra mengumumkan dirinya kini sudah menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hati.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Sofea berkongsi berita bahagia tersebut selain memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya.
Menerusi video yang dikongsikan, Sofea turut mendedahkan dia dan suami terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.
Lebih menarik, Sofea turut berkongsi perjalanan kisah cinta mereka yang sudah bermula sejak 2016 sehingga kini.