Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: Abang Mohon Jangan Suka Hati Tuduh Hussain Main-Main - “Kita Tak Tahu Diri Sebenar Tuan Badan…”

Abang Hussain

Sekilas

  • Fikri, abang kepada Hussain Jamilul Hayat peserta Big Stage Rocketfuel, jelaskan maksud ucapan maaf adiknya berkaitan harapan tinggi peminat terhadap prestasinya.
  • Fikri minta orang ramai jangan cepat buat andaian Hussain tidak serius kerana dia masih dalam proses belajar dan memerlukan sokongan positif.
  • Hussain berjaya beri persembahan terbaik minggu keempat dan masih layak ke minggu seterusnya, manakala Rieffa tersingkir dalam konsert tersebut.
Advertisement

Abang kepada bintang program Big Stage Rocketfuel, Hussain Jamilul Hayat, iaitu Fikri tampil menjelaskan maksud di sebalik ucapan permohonan maaf yang diluahkan adiknya selepas selesai melakukan persembahan di konsert minggu keempat pada Ahad.

Menerusi hantaran di platform Threads, Fikri berkata ungkapan ‘saya minta maaf’ yang diucapkan Hussain itu berkait rapat dengan harapan tinggi yang diletakkan ramai terhadap penyanyi itu sejak awal penyertaannya dalam pertandingan berkenaan.

Advertisement

Menurut Fikri, ramai percaya Hussain mempunyai kemampuan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan sentiasa mengharapkan persembahan terbaik daripadanya.

“‘Saya minta maaf’ means untuk segalanya dari awal hingga sekarang semua orang meletakkan high expectation pada Hussain.

“Semua orang tahu Hussain mampu mencapai tahap lebih tinggi dan berikan yang lebih baik.

“It’s okay Hussain, Keep it up ! Stay on top , Be Humble n Buckle Up,” jelasnya.


Malah, Fikri juga turut memohon orang ramai agar jangan sesuka hati membuat tanggapan bahawa Hussain tidak bersungguh-sungguh dalam pertandingan itu.

Jelas Fikri, Hussain masih lagi dalam proses pembelajaran dan memperbaiki diri, selain memerlukan masa untuk terus berkembang sebagai seorang penghibur.

“Jangan la nanti kata ‘main-main’ pula. Dia masih mencuba dan masih belajar. Insya-Allah banyak lagi masa dan ruang diperlukan untuk diri dia.

“Kita hanya menilai dari luaran dan apa yang kita lihat. Kita juga tidak tahu diri sebenar tuan badan macam mana.

“Sudah pasti dia memerlukan sokongan yang padu dan kata-kata positive dari semua orang,” tegasnya.

Pada masa sama, Fikri turut meluahkan rasa syukur apabila Hussain berjaya memberikan persembahan terbaik mengikut kemampuannya dan masih diberi peluang untuk meneruskan saingan ke minggu seterusnya.

“Apa apa pun untuk persembahan malam ni, syukur untuk Hussain masih lagi dapat memberikan yang terbaik dan masih lagi diberi peluang untuk minggu seterusnya. Teruskan berusaha dan kerja lebih keras,” coretnya.

Konsert minggu keempat edisi Big Stage X Rocketfuel menyaksikan Ranisha menduduki di tangga pertama dengan markah sebanyak 74.67 peratus.

Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi Rieffa apabila namanya diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir.

Selain Rieffa, dua lagi nama yang berada di kedudukan terendah adalah Aliff Kimiey dan Yad-Z.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.


Sumber: Threads @fikriiijamilul


 

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Must Watch Video

Advertisement