Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Aisha Retno Seru Netizen Sebar Aura Positif - “Dah Tahun 2026, Bersihkan Jiwa & Raga Anda…”

Aisha Retno

Sekilas

  • Aisha Retno bersyukur diberi kepercayaan menjadi juri program Big Stage Rocketfuel sehingga minggu ketujuh.
  • Pengalaman menjadi juri membolehkan Aisha berkongsi ilmu dan mempelajari pelbagai perkara sepanjang program berlangsung.
  • Aisha menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu keras mengkritik peserta dan lebihkan motivasi serta kritikan membina.
Advertisement

Penyanyi Aisha Retno menzahirkan rasa syukur apabila terus diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai juri program Big Stage Rocketfuel sehingga kini. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Aisha mengakui pengalaman menjadi juri bukan sahaja memberi peluang untuk berkongsi ilmu, malah dia juga dapat mempelajari pelbagai perkara sepanjang program berlangsung. 

 

“Minggu ketujuh! Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi juri hingga kini. Banyak ilmu yang Aisha serap jua untuk menjurikan semua yang mad talented sejak minggu pertama. 

Advertisement

 

“Aisha kongsi sedikit sebanyak technicalities ilmu yang Aisha ada untuk bekalan mereka di luar sana nanti,” katanya. 

 

Dalam masa sama, penyanyi lagu Sutera itu turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak terlalu keras mengkritik para peserta yang sedang berusaha mengembangkan bakat mereka.

 

Menurut Aisha, setiap peserta juga merupakan manusia biasa yang masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.

 

“Jangan terlalu keras dengan para peserta, mereka juga manusia… daripada mengejek, kita MOTIVASIKAN mereka dan hanya sebarkan kritikan yang membina, ini tahun 2026. Bersihkan jiwa dan raga anda.

 

“Jauhi sifat mengecam dan terus kacip!😛,” ujar Aisha lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Must Watch Video

Advertisement