Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: Ajai Akui Hussain Ada Tarikan - “Saya Tak Cakap Menyanyi Tak Bagus…”

Ajai komen Hussain

Sekilas

  • Ajai memuji persembahan Hussain di konsert minggu kelima Big Stage Rocketfuel kerana kekuatan pergerakan dan daya tarikan pentasnya.
  • Menurut Ajai, Hussain bukan penyanyi dengan kekuatan vokal utama, tetapi persembahannya tetap mampu menarik perhatian penonton.
  • Ajai menegaskan bahawa bakat vokal bukan satu-satunya faktor kejayaan, dan tarikan serta keunikan artis juga penting dalam industri muzik.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Ajai menjelaskan persembahan bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain di konsert minggu kelima mempunyai kekuatan tersendiri dari aspek pergerakan dan daya tarikan ketika berada di pentas.

Menurut Ajai, Hussain mungkin bukan peserta yang boleh dikategorikan sebagai penyanyi dengan kekuatan vokal dalam pertandingan, namun persembahannya tetap mempunyai elemen yang mampu menarik perhatian penonton.

Advertisement

“Saya tak cakap Hussain menyanyi tak bagus, bagus dia menyanyi. Tapi movement dia sebenarnya kemenangan dia pada persembahan.

“Sebab apa saja yang dipersembahkan orang akan suka. Kalau kita nak bandingkan suara dia dengan yang macam Ranisha, dia bukan ‘vocal-spec’ competition. Bukan kategori itu,” katanya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui selepas konsert minggu kelima BSR yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.

Tambah Ajai, kebolehan menyanyi bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan seseorang artis itu mampu mencipta tarikan.

Sebaliknya, terdapat juga ramai penyanyi mempunyai bakat vokal yang baik, namun tidak semestinya mempunyai daya tarikan yang mampu menjadikan mereka pilihan dalam industri.

“Banyak kan penyanyi-penyanyi yang bagus tapi tidak jual. Tapi dalam pertandingan mereka gah, sebab ialah kita sebagai record labels, kita akan ada dua kategori penyanyi.

“Daripada dulu sampai sekarang the business punya modul masih sama. Bagus menyanyi tak ada tarikan. 50 peratus menyanyi ada tarikan.

“50 peratus bakat itu dah ada yang kita boleh perbaiki kan lagi. Tak semestinya 50 peratus itu mati di situ sahaja.

“Itu kerja label untuk membuatkan peserta atau individu itu menjadi lebih bagus. Kelebihan dia sebab ada tarikan fans,” jelasnya.

Terdahulu, Ajai merupakan juri jemputan bagi konsert minggu kelima Big Stage Rocketfuel di samping tiga lagi juri tetap iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno.

Anda mungkin berminat dengan

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Must Watch Video

Advertisement