Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: Ajai Puji Hussain Ada Originaliti, Teringat Aura Sama Seperti Mawi - “Ubahlah Macam Mana Pun, Itu Juga Yang Orang Suka”

Ajai hussain mawi

Sekilas

  • Ajai puji aura unik Hussein dalam Big Stage Rocketfuel yang mengingatkannya kepada Mawi dari Akademi Fantasia 3 kerana tarikan vokal dan gaya persembahan yang asli.
  • Ajai nasihatkan Hussein supaya seimbangkan populariti dengan peningkatan kualiti vokal supaya sokongan peminat kekal konsisten.
  • Ajai hadir sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelima Big Stage Rocketfuel yang disiarkan setiap Ahad di Astro Ria dan platform digital Astro GO serta Sooka.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Ajai tidak menafikan bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussein mempunyai aura tersendiri yang mengingatkannya kepada juara Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Mawi.

Menurut Ajai, tarikan yang dimiliki Hussein terhadap peminat bukan sahaja terletak pada vokalnya, malah cara penyanyi itu bergerak dan menari ketika membuat persembahan.

Advertisement

“Kalau anda tengok, macam mana dia menari, tak ada feeling, tapi itulah feeling dia, itulah original dia.

“Ubahlah macam mana pun, itu juga yang orang suka. Dia menari ke, dia bergerak pun orang dah suka. Dia mengingatkan saya terhadap tarikan (yang dimiliki Mawi),” jelasnya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui selepas konsert minggu kelima BSR yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.

Dalam masa sama, Ajai turut berpesan populariti yang diraih Hussein perlu diseimbangkan dengan peningkatan kualiti vokal supaya sokongan peminat yang diterima dapat bergerak seiring dengan kemampuan nyanyiannya.

“Tetapi bila dah berjaya, jangan lupa kemaskan diri sendiri juga untuk tarikan itu sama dengan krativiti yang ada.

“Itu bermakna nyanyian dan peminat jadi seiring, orang suka dia berjuta-juta, suara dia pun kena bagi juta-juta juga kepada orang yang suka dekat dia,” ujarnya.

Terdahulu, Ajai merupakan juri jemputan bagi konsert minggu kelima Big Stage Rocketfuel di samping tiga lagi juri tetap iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Must Watch Video

Advertisement