Sekilas
- Akim Ahmad meluahkan kesedihan apabila Rieffa terpaksa meninggalkan Big Stage Rocketfuel pada minggu keempat.
- Rieffa, 18 tahun, hampir rebah di atas pentas dan memohon maaf kepada ibunya ketika penyingkiran diumumkan.
- Rakan-rakan dan hos Nabil Ahmad memberikan sokongan kepada Rieffa semasa detik sukar itu.
Juri tetap Big Stage Rocketfuel (BSR), Akim Ahmad meluahkan rasa sedih apabila Rieffa terpaksa meninggalkan pentas tersebut pada minggu keempat.
Menerusi satu hantaran di Threads, Akim mengakui dia benar-benar tersentuh dengan apa yang berlaku dan berharap Rieffa tidak putus asa dalam industri seni.
“Saya betul-betul sedih malam ni. Jangan putus asa Rieffa,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, pentas Big Stage X Rocketfuel menyaksikan Rieffa terpaksa meninggalkan pentas program tersebut pada Ahad.
Sewaktu penyingkiran berlaku Rieffa atau nama sebenarnya Muhamad Alif Abdullah, 18, tidak dapat menahan sebak memohon maaf kepada ibunya kerana tidak dapat bertahan.
Riefa juga kelihatan gagal mengawal keadaan dan hampir rebah di atas pentas.
Namun, rakan-rakan dan hos iaitu Nabil Ahmad tampil ke arahnya sambil memberi sokongan.
Turut berada di tangga tiga terbawah adalah Yad-Z dan Aliff Keymie.